Dalam fasa mengenali hati budi, Emma Maembong sahkan berkawan rapat dengan DJ Kidd

Advertisements
Advertisements

PELAKON Emma Maembong tidak mengiyakan atau menafikan mengenai dakwaan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd. Emma ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu, dia dalam fasa mengenali hati budi jejaka tersebut. “Saya tak nak komen lebih. Saya tak nafi atau mengiyakan fasal hubungan kami. Apa yang boleh saya katakan kami dalam fasa mengenali satu sama lain.

Ada jodoh atau tiada, saya serahkan kepada takdir Ilahi. Itu semua rahsia Allah,” katanya ketika dihubungi mStar. Menurut Emma, dia mengakui gembira berkawan dengan DJ Kidd kerana mempunyai banyak persamaan. “Banyak benda yang buat saya selesa, tapi semuanya masih dalam fasa berkenalan dan saya tak nak terlalu war-warkan. Saya gembira dengan hidup sederhana ini. Saya pun manusia biasa dan boleh berkenalan dengan siapa saja,” katanya.

Ditanya mengenai harapan untuk perhubungan Bersama DJ Kidd, Emma sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya. “Mestilah saya mahukan hubungan yang terbaik. Doakan yang baik-baik buat kami,”katanya. Terdahulu hubungan pasangan itu kembali menjadi perhatian apabila mereka dilihat menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 bersama pada malam Ahad. 

Perkara tersebut dikongsikan di Instagram DJ Kidd yang memperlihatkan dia mengenakan blazer merah jambu berjalan beriringan dengan Emma, yang tampil anggun mengenakan gaun hijau dan korset berona merah jambu. Sebelum ini, timbul gosip mengatakan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, sudah berkahwin dengan DJ Kidd. Malah, Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular dalam media sosial.

Namun, Emma menafikan dakwaan sudah berkahwin dan menegaskan tiada hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan. Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan sudah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5 dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun. 

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.