Ramai yang pertikaikan Aliff Syukri pakai baju terbalik, sekali ini pula penjelasan dari tuan badan

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan dia memakai baju secara terbalik semasa sesi jualan secara langsung (live) di TikTok sebagai ikhtiar untuk mengelakkan diri daripada terkena sihir. Menerusi potongan klip siaran langsung TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, menegaskan dia tidak mempercayai dengan pandangan mata jahat yang membawa kepada penyakit ain. Menurut Aliff, dia hanya berkongsi pengalaman yang dirasai oleh seluruh ahli keluarganya. Klik sini untuk lihat video.

“Dua minggu sebelum pelancaran beg tangan Samma edisi denim semua demam. Sebelum itu, saya sakit mata. Sebelum terkena badan berpijat, saya mimpi hantu dan beritahu isteri saya. Memang takut mimpi itu. Esoknya, badan saya bengkak dan sampai sekarang masih ada lagi.” Menceritakan lebih lanjut, Aliff berkata dirinya juga banyak berubah ke arah negatif dan tidak suka melakukan rutin hariannya sebagai usahawan.

Sementara itu, Aliff menyatakan hanya ahli keluarganya sahaja yang mengalami pelbagai jenis penyakit, manakala pembantu peribadi dan pembantu rumahnya berada dalam keadaan sihat seperti biasa. “Beberapa hari sebelum ini, saya memang tidak boleh nak live sebab tiba-tiba akan jadi garang dan tiada mood. Saya rasa ada yang menghimpit saya. Perkara itu buat saya terfikir saya sudah terkena penyakit ain ke? Padahal sebelum ini saya memang tidak percaya.

Doktor kata saya allergic seafood padahal saya setiap hari makan.” Sebelum ini, Aliff memuat naik video berkongsi dirinya dimasukkan ke hospital kerana mengalami reaksi kronik akibat gatal-gatal dan kemerahan pada seluruh badan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.