Rasa tersisih di majlis perkahwinan rakan baik, Uyaina Arshad luah rasa sedih imbau semula memori pahit

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berkongsi satu pengalaman peribadi yang menyentuh hati apabila mengenang kembali momen dirinya berasa ‘tersisih’ di majlis perkahwinan rakan baik sendiri hanya kerana tidak dimaklumkan tema warna pakaian. Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkata dia menjadi satu-satunya individu yang tampil berbeza apabila mengenakan busana berwarna biru, manakala rakan-rakan lain hadir sedondon dengan pakaian rona kuning.

“Saya pernah kena, waktu ‘kawan baik’ saya punya majlis perkahwinan. Ada kawan yang lain, mereka berempat semua pakai warna baju yang sama iaitu kuning. Saya seorang sahaja tidak dapat memo, jadi saya pakai warna biru,” katanya. Menurut Uyaina, walaupun insiden itu sudah lama berlalu, namun luka di hati masih terasa hingga ke hari ini.

“Dalam gambar nampak saya sama menonjol dengan pengantin. Sebab kami berdua je warna baju yang tak sama dengan yang lain. Dah bertahun berlalu, masih tak boleh lupa,” katanya membalas ciapan individu di Threads yang juga berdepan pengalaman sama. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.