Dah berlaku beberapa tahun lalu, Sophia Albarakbah kesal bila isu lama diungkit kembali

Advertisements
Advertisements

Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah meluahkan rasa kesal apabila isu lama mengaitkan dirinya didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga bekas pasangan selebriti, Bella Astillah dan aktor, Aliff Aziz kembali hangat. Menerusi ruangan komen di Instagram (IG) miliknya, Sophia atau pemilik nama sebenar Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, menganggap isu tersebut telah berlaku beberapa tahun yang lalu dan tidak wajar sekiranya diungkt semula.

Dalam masa sama, Sophia turut mempertikaikan mengapa warganet tidak henti melemparkan tohmahan terhadapnya dan sukar untuk memaafkan kekhilafannya. “Dah berapa tahun kes ini, kalau asyik nak ungkit sampai bila pun tak selesai. Sedangkan Allah pun boleh ampunkan Hamba-Nya, awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat?,” tulisnya. Sophia berkata demikian membalas komen warganet yang mengkritiknya tersilap langkah.

Sebelum ini, malam Anugerah Melodi Terhangat 2025 menjadi topik perbualan hangat di media sosial susulan momen penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menyampaikan kategori selebriti feminin terhangat yang dimenangi oleh aktres, Sophia Albarakbah. Mempunyai kisah silam yang mendukakan, Bella yang kelihatan trauma di atas pentas seakan sukar menyebut nama Sophia sebagai pemenang.

Susulan itu, pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq mendedahkan selebriti itu menggigil dan masih trauma dengan perkara yang terjadi yang hanya diketahui oleh rakan terdekatnya sahaja. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.