Ramai yang tertanya tanya tentang status rumahtangga, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari Ben Ali

Advertisements
Advertisements

“Status suami isteri itu adalah subjektif,” demikian reaksi pelakon dan usahawan, Ben Ali ketika diminta mengulas mengenai desas-desus rumah tangganya bersama isteri, Nadiyah Shahab, yang dikatakan bergolak sejak awal tahun lalu. Menurut Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 32, dia menyerahkan kepada warganet untuk menilai sendiri keadaan rumah tangganya. “Terpulang kepada warganet untuk menilai. Apa pun masalah antara kami, kami selesaikan secara baik dan matang.

Buat masa ini fokus kami hanya untuk absolute event. Kami sering tak nampak bersama sebab masing-masing apabila keluar negara ambil tempoh yang lama. Misalnya saya ke London sebulan, begitu juga Nadia ketika ke Turkey. Perkara seperti berpisah bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Hal peribadi lebih baik diletakkan ke tepi,” katanya ketika ditemui media. Sementara itu, Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 32, menegaskan hubungan mereka akan tetap baik tidak kira apa pun status perkahwinan ketika ini.

“Kawan atau suami isteri sekalipun, kami tetap ada chemistry dan synergy yang bagus. Sama ada bersama atau tidak, kami tetap bahagia. Jadi tak ada masalah untuk terus bekerjasama, sebab kami memang tidak bergaduh,” jelasnya. Pasangan ini ditemui ketika sidang media Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya yang berlangsung di New Ocean World, Petaling Jaya pada Khamis.

Bagaimanapun, Nadiyah memberi bayangan kemungkinan suatu hari nanti, status sebenar rumah tangga mereka akan terjawab. “Mungkin dalam beberapa tahun lagi, orang ramai akan tahu. Kalau nampak Ben atau saya dengan orang lain, maka itulah (cerai),” katanya sambil tersenyum. Ben turut menambah, meskipun mereka mungkin tidak lagi bersama, hubungan rapat yang terbina sejak sebelum perkahwinan tetap akan dikekalkan.

“Kalau ada orang baru dalam hidup masing-masing, mereka kena terima. Saya dan Nadiyah susah nak berpisah, sebab sebelum kahwin pun kami memang kawan baik. Kami setiap hari berhubung dan berjumpa macam biasa,” ujarnya. Untuk rekod, Ben dan Nadiyah mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 di Singapura, namun sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.