Bukan kali pertama, Dr Afifah bengang bila Nubhan bawa keluar barang miliknya dari rumah tanpa kebenaran

Advertisements
Advertisements

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah, meluahkan rasa kesal berikutan tindakan bekas suami yang dianggap kejam. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Dr Afifah, atau nama penuhnya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, mendakwa Nubhan telah membawa keluar barang miliknya dari rumah tanpa kebenaran. Dakwa Dr Afifah, ini bukan kali pertama pelantun lagu ‘Kekasih Untukku’ itu bertindak sedemikian.

“Kita di luar negara. Habis diangkut barang-barang saya keluar dari rumah yang saya duduk sekarang dengan anak-anak. Tanpa maklum pada saya. Kejamnya kamu. Barang-barang saya dicampak saja didepan rumah ibu. Sedih diperlaku begini. Pernah dah dia buat saya macam ini. Bukan kali pertama, telefon pembantu rumah pun dirampas.”

Sementara itu, Dr Afifah mempersoalkan barangan berharga seperti emas dan duitnya yang hilang ekoran pemindahan barang tanpa izin. “Barang-barang berharga siapa pegang? Duit-duit dan emas saya mana? Sekarang tak boleh balik ya. Kita diluar negara. CCTV ditutup. Ini tahap kejam tak tahu nak cakap. Orang tak nampak lagi ke? Tak kan jadi juara dah sombong macam ini.”

Dalam pada itu, Dr Afifah juga hilang sabar susulan tindakan bekas suaminya yang bertindak melulu tanpa sebarang perbincangan. “Tangan saya menggigil. Dah tak dapat nak buat ayat baik-baik lagi. Sekurang-kurangnya tunggu lah harta sepencarian. Atau bincang elok-elok. Kenapa buat terkejut macam ini? Saya balik nanti penat, barang-barang semua terabur. Kuatkan lah aku.”

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember lalu mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Afifah selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah. Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam. Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.