Peguam Syarie yang mewakili pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader menafikan bahawa anak guamnya itu berlaku curang terhadap isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahril. Menurut laporan, ia susulan Nur Syazwani seolah-olah memberi bayangan wujud pihak ketiga selain mendakwa anaknya turut bercerita mengenai ‘kecurangan’ bapa dengan wanita lain.
“Faisal menafikan dia pernah curang. Malah anak guam saya beritahu bekas isterinya suka buat tuduhan tanpa bukti dan usul periksa. Sebenarnya perpisahan kali kedua yang berlaku ini juga berpunca masalah sama iaitu dikatakan mempunyai wanita lain sedangkan anak guam saya tidak melakukan perkara sebegitu. Sebagai seorang pemain bola sepak kebangsaan dia akan selalu ke luar negara untuk sertai perlawanan atau latihan. Jadi sudah tentu anak guam saya bertemu dengan ramai orang.
Malah anak guam saya sendiri beritahu ketika penganjur membawa satu pasukan untuk keluar, pasti ada macam-macam program yang dilakukan, tapi sebagai manusia dia mempunyai pilihan untuk tolak secara baik jika perkara itu tidak elok untuk dilakukan. Tambah pula, dia antara pemain yang menjadi tumpuan dan pasti ada ramai ‘mata’ yang memerhati,” katanya.
Menurut Akberdin, tuduhan sama turut menjadi punca Faisal melafazkan cerai sebanyak dua kali. Perkara itu susulan anak guamnya berasa penat dituduh tanpa bukti berulang kali walaupun pada awalnya tidak bercadang untuk berpisah memandangkan mereka masih mempunyai anak. “Talak pertama berlaku sekitar jam 1 pagi pada 11 Jun lalu kerana tidak tahan dituduh curang. Namun pada hari sama mereka rujuk.
Kemudian berlaku lafaz talak yang kedua pada 10 November lalu sekitar jam 4.20 petang kerana dituduh curang sedangkan anak guam saya tidak buat perkara itu. Jika diikutkan anak guam saya tak nak bercerai sebab fikir ada anak yang masih kecil, tapi dia juga manusia biasa. Apabila kerap kali diungkit benda sama yang tiada asas kukuh, dia juga penat dan bosan hingga mengambil keputusan untuk berpisah,” katanya.
Terdahulu, pihak Syazwani, sebelum ini telah membuat satu luahan rasa kecewa apabila masyarakat didakwa menuding jari kepadanya atas perpisahan tersebut. Dalam satu hantaran, dia mendakwa bahawa pemain bola sepak itu ‘kantoi’ berbual mesra dengan seseorang dihadapan anak mereka. “Nak sembunyi-sembunyi tapi buat kerja tak ‘clean’, anak yang bercerita bersayang-sayang ‘love you too’ bagai. Masih nak nafikan lagi? Orang tunding aku yang salah, aku yang tak betul,” tulisnya.
Untuk rekod, pasangan itu disahkan berpisah talak dua pada 28 November di Mahkamah Rendah Syariah Klang. Mereka berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.