Minta warganet berhenti tanya pasal zuriat, ini pula luahan Zulin Aziz bila selalu orang tanya pasal ank

Selalu ditanya soalan mengenai cahaya mata, pelakon Zulin Aziz memohon agar orang ramai memberi ruang kepadanya tentang perancangan itu. Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata dia dan suami Farhan Norzini kini masih dalam tempoh ‘honeymoon’ meskipun hampir setahun mereka mendirikan rumah tangga. “Belum setahun pun lagi dah macam-macam soalan keluar. Tidak mengapa, saya tidak marah. Dari mengata baiklah doakan yang baik-baik. “Saya berserah kepada Allah. Yang mana yang terbaik, InsyaAllah saya reda. Boleh tak warganet beri kami ruang? Ruang untuk honeymoon berdua tanpa asyik tanya soalan anak dan merepek itu,” katanya.

Zulin menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Jumaat. Tambahnya lagi sebagai pasangan suami isteri pastinya mereka mahu memiliki anak sendiri dan membina keluarga terutamanya apabila melihat orang sekeliling sudah dikurniakan cahaya mata. “Kami nak sangat dikurniakan zuriat. Saya teringin nak jadi ibu. Tengok kiri kanan, kawan-kawan semua sudah ada isi (hamil). “Mana tahu berkat doa anda semua, rezeki akan menyebelahi kami. Perancangan Allah itu lebih baik kan? Anda semua janganlah paksa,” ujarnya.

Berkongsi fasa kehidupan berumah tangga, Zulin berkata dia tidak lagi seperti sebelum ini yang terlalu asyik mengejar populariti dan meraih perhatian peminat. Malah suami juga banyak membantu dia untuk berubah dan kini rutin hariannya lebih tertumpu kepada pengurusan keluarga. “Setiap hari saya belajar jadi lebih baik. Saya nak jadi isteri mithali untuk suami. Bangun pagi jalankan tanggungjawab sebagi isteri. Anda pun boleh nampak rutin saya setiap hari. “Suami banyak mengajar saya. Alhamdulillah… saya pun rasa perubahan. Dunia saya dah berbeza dari dulu. Saya tiada masa nak fikir soal glamor,” jelasnya. Untuk rekod, Zulin dan suami mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu. Dia sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keggran pada Ogos lalu. Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.