Baru-baru ini, nama pelakon terkenal, Raysha Rizrose menjadi perhatian ramai apabila dia dipercayai sedang membuat persiapan menuju hari bahagianya bersama kekasih hati, Nabil Jeffri. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nabil di laman TikToknya, kelihatan dia bersama Raysha berada di sebuah pusat beli belah yang dipercayai membeli barang hantaran. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja apabila melihat pasangan merpati dua sejoli itu seakan-akan memberi bayangan hari perkahwinan mereka bakal tiba tidak lama lagi.
Dalam pada itu, meskipun Raysha dan Nabil tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut, namun warganet menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut dan berharap agar segala urusan mereka dupermudahkan. Terdahulu, tular di laman sosial apabila beberapa keping gambar Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz dan kekasih berada di atas pelamin yang dipercayai sudah mengikat tali pertunangan.
Kredit Soya Lemon PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.