Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran mewujudkan program ‘anak angkat’ dengan negara-negara maju dalam bola sepak bagi merealisasikan misi ‘mengeksport’ pemain muda ke luar negara benar-benar berjaya. Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa berkata, langkah FAM untuk menghantar pemain berpotensi ke luar negara sememangnya tepat, namun program akar umbi harus dimantapkan terlebih dahulu bagi memastikan ‘ubi muda’ yang dipilih benar-benar terbaik. Program perlu dibangunkan dengan kepakaran tempatan dan luar negara. Kenal pasti ilmu bola negara mana kita nak dalami, dan disemai dikalangan pemain-pemain muda.
Perbanyakkan kejohanan bawah usia 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun dengan inisiatif swasta seperti program Mencari Ramli dulu. Menghantar pemain-pemain berbakat seperti pemain golf berkelana dan belajar di negara angkat dengan inisiatif kelab-kelab luar negara dalam konsep perkongsian pintar. KBS (Kementerian Belia dan Sukan) perlu menyuntik dana dan bekerjasama,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.Semalam, akhbar ini melaporkan dasar ‘mengeksport’ pemain tempatan ke luar negara bakal menjadi antara agenda FAM selepas ini bagi memastikan kualiti anak tempatan meningkat sekali gus memberi impak kepada pasukan kebangsaan.
Hasrat itu dinyatakan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengakui misi itu sedang giat dirancang dengan beliau akan memohon bantuan, sokongan serta pandangan daripada rakan-rakan dalam Ahli Majlis Fifa untuk melaksanakan perkara itu. Begitupun Hamidin akui bukan mudah di mana ia menuntut kerjasama semua pihak terutamanya daripada ibu bapa bagi melepaskan pemain-pemain yang dilihat memiliki potensi untuk ‘dieksport’ ke luar negara khususnya Eropah.
Ujar Sadek lagi, semua pihak perlu berganding termasuk pihak swasta dalam memastikan misi itu terlaksana. Jadi keadaan ini tiada jalan singkat bagi mencapai standard dunia dengan perancangan, pembangunan yang rapi dan strategik serta pendedahan yang banyak dan ramai pemain yang dikenali berbakat bersama rakan strategik. Perkara utama menjadi halangan adalah dana serta rakan strategik yang sudi bersama FAM,” katanya yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam. Ketika ini, Luqman Hakim Shamsudin satu-satunya pemain Malaysia yang beraksi di liga utama kelab Eropah bersama KV Kortrijk di Belgium sejak 2020, dengan dia mengikat kontrak panjang selama lima tahun.
Disebabkan kurang mendapat minit permainan, Luqman kini dipinjamkan ke kelab Iceland, UMF Njardvik selama semusim. Untuk rekod, selain Luqman yang masih berada di Eropah, beberapa pemain tempatan pernah beraksi dengan kelab utama seperti tonggak kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools; Safawi Rasid (SC Portimonense pada 2020); Nazmi Faiz Mansor (Beira-Mar pada 2013); Akmal Rizal Ahmad Rakhli (RC Strasbourg dari 1999-2001) dan ramai lagi. Begitupun untuk rekod, hampir 20 pemain muda negara kini berada di Eropah bermain dengan kelab amatur dan akademi tersohor.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.