Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Vida (DSV) terperanjat setelah menerima sebekas barang hantaran daripada individu tidak dikenali. Mendedahkan perkara terbabit di hantaran terbaharu Instagram, DSV menerima barangan berbungkus kain yang diserahkan menerusi pembantu peribadinya. For me ke , Takutnya… Saya dilamar? Siapa yang lamar? Jangan buat main. Lamar-lamar ni sensitif. Jangan buat kerja tak masuk akal ya, terkejut saya,” kata DSV dalam video. DSV juga tertanya gerangan individu yang menghantar barangan hantaran terbabit di ruangan kapsyen. Klik sini untuk lihat video.
Siapa pulak Nak MELAMAR saya ni? Jangan Buat Kerja tak masuk akal hari Jumaat ni. Ingat benda main-main ke? SIAPA PUNYA KERJA NI?” tulisnya. Menerusi ruangan komen hantaran terbabit, ramai peminat mendoakan pelantun lagu Ku Ikhlaskan ini dengan perkara yang baik-baik. Hantaran video terbabit mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mendoakan hal yang baik buat pelantun lagu I Am Me itu. Terdahulu, DSV pernah mencetuskan kontroversi apabila perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Ahmah Iqbal Zulkefli tidak menjadi kenyataan.
Kredit xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.