Rambut beruban bukan menunjukkan anda tua. Ini punca mengapa rambut cepat putih.

Pelbagai faktor sering dikaitkan dengan keadaan rambut beruban walaupun usia anda baharu mencecah sekitar 25 tahun. Setuju atau tidak, golongan wanita sangat beauty conscious jika ternampak sehelai dua rambut putih di kepalanya berbanding kaum lelaki yang lebih relaks. Malah ada juga yang seperti tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia sebenarnya mempunyai rambut beruban. Namun tahukah anda faktor yang menyebabkan rambut hitam bertukar menjadi putih?

1.Stres

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature, stres memainkan peranan yang signifikan dalam perubahan warna rambut daripada warna asal kepada warna kelabu. Walaupun saintis telah lama memahami bahawa terdapatnya hubungan antara stres dan rambut yang beruban, tetapi kajian terbaharu ini telah mengesahkannya dengan lebih mendalam bagaimana ia berlaku. Pada permulaan kajian, penyelidik melihat kepada kortisol, iaitu sejenis hormon stres yang meningkat naik dalam tubuh apabila seseorang individu tersebut mengalami respons ‘lawan atau lari’ (fight or flight).

Stres juga boleh menyumbangkan kepada rambut beruban.

Kortisol adalah satu fungsi badan yang amat penting, tetapi jika ia sentiasa wujud dengan kadar yang tinggi, ia akan memberikan kesan negatif pada tubuh badan manusia. Menurut ketua penyelidik kajian ini, Dr. Ya-Chieh Hsu, selepas beberapa hari, kesemua sel stem penghasil pigmen ini hilang dan tubuh tidak lagi dapat menghasilkan kembali pigmen untuk rambut manusia. Ini kerana, kerosakan yang berlaku pada warna rambut ini bersifat kekal.

Dr. Kasey Nichols dari Rave Review pula menyatakan, stres terjadi apabila terdapat ketidakseimbangan antara radikal bebas dan juga antioksidan dalam badan kita atau disebut sebagai stres oksidatif (oxidative stress). Ia kemudiannya menyebabkan kerosakan pada tisu, protein dan juga DNA. Walaupun stres mungkin memainkan peranan signifikan yang menyebabkan rambut anda menjadi beruban, namun masih terdapat pelbagai sebab lain yang membolehkan ia berlaku.

Merokok salah satu faktor kejadian rambut beruban.

2.Genetik

Menurut Profesor Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Columbia, Dr. Lindsey A. Bordone, rambut beruban disebabkan oleh kehilangan sel pigmen dalam folikel rambut akan berlaku seiring dengan peningkatan usia, tetapi malangnya, tidak terdapat sebarang rawatan yang boleh mengembalikan semula sel pigmen ini. Beliau juga menyatakan, faktor genetik turut menjadi punca berlakunya rambut beruban terhadap seseorang individu itu. Tidak terdapat sebarang rawatan perubatan yang boleh mereka lakukan untuk menghalang perkara ini daripada berlaku apabila ia disebabkan oleh faktor genetik.

3.Merokok

Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2013, merokok diketahui merupakan salah satu faktor risiko bagi kejadian rambun beruban pramatang. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan proses uban pramatang seperti kekurangan protein, vitamin B-12, tembaga dan juga zat besi. Di samping itu, ia juga boleh disebabkan oleh pengumpulan stres oksidatif.


Pengambilan vitamin boleh melambatkan proses penghasilan uban.

Tip melambatkan proses uban pramatang:

Mengambil makanan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 seperti ikan salmon dan kacang walnut. Kurangkan terdedah daripada cahaya ultraviolet kerana ia boleh merosakkan kulit dan juga rambut anda. Vitamin tambahan B-12 dan vitamin B-6 boleh membantu melewatkan proses penghasilan uban. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard ini hanyalah kajian yang dijalankan terhadap tikus semata-mata. Oleh itu, kajian ini juga perlu dilaksanakan ke atas manusia bagi menguatkan hasil kajian. Menurut Dr. Ya-Chieh Hsu, bagi memahami dengan lebih tepat lagi, kajian telah meletakkan satu asas untuk mengetahui bagaimana stres memberi kesan kepada tisu dan organ lain dalam tubuh. Sumber : mStar

Sebelum Bergelar Raja Sehari. Wajib Cuba Amalkan Vitamin C Ni Untuk Kulit Lebih Cantik Dan Cerah.

Ramai beranggapan bahawa semua vitamin C adalah sama, rupa dan dos sahaja yang berbeza sama ada 100mg atau 500mg. Tetapi sebenarnya tidak! Sama ada vitamin semulajadi, organik atau sintetik ketiga-tiga jenis ini adalah berbeza sama sekali. Umpama mengandaikan vitamin C semulajadi itu buah oren sebenar, vitamin C organik itu perahan jus di dalam kota dengan penambahan gula dan perisa dan vitamin C sintetik itu adalah buah plastik tiruan yang mana pembuatannya di makmal dan hanya sedikit khasiat vitamin c diambil selebihnya adalah dicipta!

  • Ia memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  • Penting untuk pembinaan dan pemulihan tisu sel tubuh, salur darah, tulang dan gigi
    Pemulihan luka akibat cedera dan pembedahan, atau terbakar.
  • Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdrh, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Membantu menurunkan paras kolesterol.
  • Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan drh, mengekalkan kapilari drh yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendrhn dalaman, hidung berdrh, pendrhn serebral dan skurvi.
  • Membantu untuk mencegah pelbagai jenis jangkitan virus dan bakteria
    secara amnya membantu meningkatkan imun sistem.
  • Membantu melindungi daripada pelbagai serangan knser dengan cara menghalang pembentukan nitrosamines (sebatian yang menyebabkan knser terjadi).
  • Satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel2 knser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.
  • Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel2 kita.
  • Bertindak sebagai julap semulajadi. sape yang ada sembelit bagus ambil vitamin C lebih.
  • Merendahkan risiko terkena drh beku dalam salur darah
  • Membantu dalam pemulihan dan pencegahan demam biasa
  • Meningkatkan kadar penyerapan iron
  • Mengurangkan alahan/ alergi
  • Membantu mengurangkan tekanan drh tinggi
  • Menghasilkan kulit yang halus, cantik berseri

1 Pilih Vitamin Semulajadi

Vitamin C terbaik adalah apabila ia mengandungi C complex yang lengkap dengan bioflavonoids, hesperidin dan rutin (garam sitrus). Bioflavanoid berperanan penting dalam membantu penyerapan vitamin C. Tanpa bioflavanoid, mungkin hanya berapa peratus sahaja kandungan yang dapat diserap oleh badan. Kebanyakkan vitamin C dengan dos 1000mg adalah vitamin sintetik.

2 Pilih Vitamin C Yang Bersifat Sustained Release

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang mempunyai sifat mudah larut air. Badan akan banyak menggunakan vitamin C sekiranya kita stress, merokok dan individu yang sudah berusia. Vitamin C hanya akan diserap pada waktu itu sahaja dan tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, amat penting mengambl supplement yang mempunyai teknologi sustained release.

Suatained release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi agar dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin menyerapan di antara 3-6 jam. Ia dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam aliran darah mengikut masa yang tertentu. Maka, tanpa teknologi sustained release ini vitamin larut air akan terus diresap ke dalam salur drh dengan begitu cepat antara 2-3 jam sahaja tanpa mengira betapa besar dos vtamin C yang diambil.

3 Halal Dan Lulus KKM

Begitu banyak lambakan dan jenis vitamin C di pasaran. Oleh itu harus bijak mencari vitamin c yang mempunyai sijil halal samaada halal Malaysia atau pengiktirafan halal oleh badan-badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Pastikan di label botol tertera hologram no kelulusan KKM.