PENGACARA dan usahawan Neelofa akhirnya mengesahkan dia sedang mengandung anak kedua malah kandungannya sudah memasuki trimester kedua. Menjawab segala teka-teki selama ini, Neelofa, 34, berkata, ramai sebenarnya sedia maklum akan perkara itu hanya berdasarkan perubahan fizikal pada dirinya. “Iya, doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua dah nampak, kan? Usia kandungan half way to go! Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebab ada anak kecil lagi tapi syukur semua doakan saya,” katanya.
Neelofa mendedahkan perkara itu ketika majlis pelancaran Warisan Naelofar di KL East Mall, Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, bercakap mengenai keadaannya, Neelofa berkata, kehamilan keduanya itu disifatkan lebih mudah berbanding ketika mengandungkan anak pertama, Muhammad Bilal. Kata Neelofa, dia dan suami iaitu Haris Ismail juga tidak kisah soal jantina anaknya itu dan selain sudah melakukan persiapan bagi menyambut kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi. “Alhamdulillah, kehamilan kali ini saya tidak mengalami alahan teruk. Ini pun dah anak kedua jadi sudah terbiasa dan tahu untuk mengatur semuanya.
“Persiapan pun semua dah ada dan siap bagi menanti kelahirannya… soal jantina kami tidak kisah,” ujarnya. Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Bilal pun ikut ke Tanah Suci, Neelofa dan Ustaz Haris luah rasa teruja bila pertama kali nak bawa Bilal mengerjakan umrah. Usahawan dan selebriti popular tanah air, Noor Neelofa dan suaminya Haris Ismail (PU Riz) akan menunaikan umrah bersama anak mereka iaitu Muhammad Bilal. Menerusi laporan, Neelofa dipercayai bakal berangkat hari ini. Tambah Neelofa, dia sudah membuat persediaan dari segi ubat-ubatan dan vaksin yang lengkap buat anak putera sulungnya itu. “Teruja. Pada masa yang sama rasa gementar sebab anak masih kecil. Apapun kita kena pastikan dia dah menerima vaksin dan suntikan yang lengkap untuk umur dia. Saya sediakan ubat yang sesuai dengan umur dia. Ubat batuk, demam dan lain-lain dah minta dekat doktor. Selain itu, doa banyak-banyak.
Ujar PU Riz pula, dia dan isteri sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Bilal ke Tanah Suci. “Doa Allah beri kesihatan yang baik. Kami gembira sebab memang ada hasrat nak bawa Bilal. Ikutkan trip ni nak bawa ramai keluarga. Tapi sebelah isteri ramai yang turut serta. Menerusi pemerhatian kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila turut membawa anaknya Jebat Jayden ke Tanah Suci. Sumber: Astro Gempak.