Anak kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin iaitu Mohd Zaiza dilaporkan sudah berpisah dengan isterinya, Suzur Sofia, semalam. Memetik laporan media tempatan, pasangan itu dilaporkan berpisah dengan talak satu selepas hampir enam bulan berdepan konflik rumah tangga. Sementara itu, Sofia menerusi satu hantaran di laman TikTok miliknya berkata, dia dan suami berpisah dengan cara baik. “Jodoh tidak panjang. Tiada siapa menginginkan perpisahan. Alhamdulillah, berpisah secara baik. Cuma minta kerjasama untuk kebaikan anak-anak dan masa depan mereka.” Klik sini untuk lihat video.
Menerusi perkongsian tersebut, Sofia turut memuat naik beberapa keping gambar yang menyaksikan dia berada di perkarangan sebuah mahkamah serta beberapa foto lain termasuk bekas suami dan anak-anaknya. Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia akan terus mendoakan kebahagian buat bekas suami serta tiada menyimpan dendam dalam hatinya. “Doakan masing-masing bahagia dan tak perlu untuk bersengketa atau berdendam. Saya sentiasa doakan awak.” Sekadar info, Sofia dan Zaiza berkahwin pada 15 Januari 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, dua tahun.
Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsika
n seperti berikut.