Penyanyi dan usahawan Mila Jirin berkongsi pertemuan dengan rakan baiknya, Nonny Nadirah selepas tiga tahun aktres itu menghilangkan diri. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Mila bersyukur apabila dapat bertemu dengan sahabat yang dirindui. Kata Mila, 35, dia hampir untuk menjejaki Nonny namun usaha itu terpaksa ditangguh kerana tidak diberi alamat rumah yang lengkap. “Masya-Allah saya tak sangka sebab saya dapat berjumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari. Nasib baik tak sampai depan rumah dia, dah nak pergi mujur dia tak bagi alamat. Kalau dia bagi alamat, dah sampai dah. Klik sini untuk lihat video.
Dalam rakaman itu, pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin tampil berpakaian serba hitam serta sudah kembali berhijab. Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin turut berharap agar hubungan persahabatan mereka tidak akan putus lagi. “Selepas tiga tahun baru berjumpa. Alhamdulillah.. Aku sayang kau Nonny. Jangan hilang lagi dari radar persahabatan.” Terdahulu, Nonny mencetus kontroversi apabila berkongsi penampilan menjolok mata selain menari di dalam kereta sambil membuat siaran langsung (live). Tindakannya itu telah menarik perhatian Mila untuk memberi teguran supaya kembali ke pangkal jalan namun tidak dihiraukan.
Sumber: ohBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.