Kenyataan terbaharu penyanyi Syada Amzah di Instagram Storiesnya mencetuskan tanda tanya dikalangan ramai pihak. Syada, 25, atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah kelihatan seakan meluahkan perasaan yang terpendam selama ini.
Tak jawab interview orang kata kita sombong, jawab interview orang kata kita lebih sudu dari kuah. So kita kena buat apa sebenarnya? Isu parents, isu kakak. Itu darah daging kita. Tapi orang luar pulak menentukan kita layak atau tidak layak jawab atau mempertahankan family? My brain is not braining,” tulisnya.
Difahamkan kenyataan ini ditujukan kepada netizen yang mempersoalkan setiap tindakan Syada. Terbaru namanya menjadi perbualan ramai kerana dilihat tidak memuatkan status atau gambar-gambar perkahwinan kakaknya Shila Amzah dengan Ubai MZ pada 5 Ogos lalu.
Malah dia juga tidak turut serta pada sesi bergambar keluarga dan dipercayai mengikut bapanya Datuk ND Lala yang meninggalkan majlis selepas akad nikah dan doa selesai. Terdahulu, Syada sebelum ini pernah menafikan ibunya, Fauziah Sarman memfailkan penceraian terhadap bapanya.
Dia memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada mereka sekeluarga untuk menyelesaikan secara dalaman terlebih dahulu. Pada Aidilfitri lalu, dia memaklumkan perasaannya sebak melihat orang lain menyambut Aidilfitri lengkap dengan keluarga atau sebagai berpasangan.
Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah berkata dia menyambut Syawal pertama bersama ibunya sahaja dan cuma meraikan lengkap bersama adik-beradik. Sementara itu, ibunya pula mengesahkan suaminya, Datuk ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu.
Fauziah menerusi hantaran di Instagram memaklumkan, lafaz cerai itu dibuat di Masjid Ar Rahman, Bangsar, di sini, dan dia dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp, Selasa lalu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.