Jumpa balik gelang emas yang hilang, ramai yang tak sangka individu ni boleh tengok barang yang hilang guna wasap je

KALAU sudah rezeki, pasti tak akan ke mana. Begitulah ungkapan sesetengah orang apabila dikhabarkan tentang kehilangan sesuatu barang sama ada dicuri mahupun tersalah letak. Malah ada yang menganggapnya sebagai rezeki yang berkat dan halal sekiranya ia ditemukan semula oleh si pemilik. Seperti wanita ini, dia tidak menyangka gelang tangan emas yang hilang kira-kira setahun lalu ditemukan semula. Kisah tersebut dikongsikan pelayar TikTok dikenali sebagai Hanna selepas dia berjaya membantu wanita terbabit menemukan semula gelang emas yang hilang itu. Klik sini untuk lihat video.

Menurutnya, barang berharga berkenaan hilang pada 2022 dan dijumpai semula pada Julai lalu. “Rezeki tu milik Allah. Barang kemas hilang dah bertahun pun kalau Allah berkehendak sesuatu, maka apa cara sekali pun tetap akan menjadi milik tuannya,” ujarnya di ruangan kapsyen video tersebut. Tambah Hanna, panduan yang diberikan serba sedikit itu sekadar untuk membantu mencari semula barang yang hilang, tidak lebih daripada itu. Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan itu, wanita terbabit menyatakan tempat terakhir barang kemasnya dilihat adalah di dalam beg milik kakaknya.

Ia berikutan Hanna menyatakan kehilangan berkait rapat dengan individu yang kurus dan tinggi. “Seseorang tu kakak saya, tapi dia pun tak ingat last letak mana. “Yang saya ingat, barang tu last dalam beg dia… tapi sekarang barang tu tak ada kat kedudukan tu,” luah wanita terbabit. Hanna seterusnya meminta wanita terbabit mencari di tepi katil dan dalam almari baju. Malah dia meminta wanita itu menunjukkan tempat beg yang diletakkan di dalam almari supaya dapat mengesan kedudukan gelang tangan tersebut.

Akhirnya selepas memberikan beberapa lagi info tambahan, wanita terbabit menyatakan menjumpai gelang tangannya di dalam almari dan tertindih dengan getah rambut. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakan meminta Hanna membantu mencari barang yang hilang mahupun diambil. “Sis, motosikal suami saya hilang semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang pertama… tolong sis, kalau ada rezeki dia. “Gelang nikah saya hilang sampai sekarang tak tahu siapa yang ambil. Cincin elok saja ada, gelang yang lesap.

“Bolehkah suruh pencri pulangkan rantai emas, kalung besar serta gelang kaki yang diambil pada tahun 2012 di rumah dalam kantung merah. Barang lain selamat. “Boleh tolong tengokkan cincin arwah atuk bagi hilang. Hilang dalam simpanan,” luah beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang meninggalkan komen mencuit hati pada video perkongsian Hanna.

“Boleh tengok siapa yang ambil duit sebab saya dituduh ambil setiap kali duit dalam rumah hilang, mungkin kerana saya miskin… jadi mereka syak 100 peratus saya yang buat. Puan boleh tolong carikan orang tak? Urusan tak selesai sejak arwah ayah pergi menghadap illahi 1997. Akak boleh tengokkan siapa jodoh saya. Kak boleh tolong permudahkan orang berhutang tu untuk bayar hutang saya,” ujar segelintir warga maya lagi.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.