Sudah menjadi kebiasaan untuk setiap sekolah mengadakan sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam diri murid. Antara program yang paling dinantikan murid-murid sekolah ialah program memakai pakaian tradisional bagi menyerikan lagi sambutan yang diadakan pihak sekolah. Terbaharu, seorang bapa yang dikenali sebagai Shazliey memuat naik momen keterujaan anaknya, Nur Ammar Keysha memakai pakai tradisional sempena sambutan hari kemerdekaan yang dianjurkan sekolah. Menurut Shazliey, anaknya itu begitu teruja dan gembira dengan melakukan rehearsal untuk berjalan ‘cat walk’ sebagai persediaan untuk memperagakan pakaiannya di sekolah nanti. Klik sini untuk lihat video.
“Hari ini anak papa happy sangat sebab di sekolah hari ini dibolehkan pakai pakaian tradisional sempena bulan kemerdekaan. Siap rehearsal sebelum ke sekolah sebab nak buat cat walk di depan kawan-kawan.” Namun begitu, Shazliey meluahkan rasa terkilannya apabila mendakwa keterujaan anaknya itu terbantut setelah dimarahi oleh seorang guru ketika sampai di sekolah. Difahamkan, anaknya itu dimarahi oleh gurunya kerana mengenakan solekan ketika hadir ke sekolah. Bukan itu sahaja, guru tersebut bertindak membersihkan solekan anaknya itu dengan menggunakan kain.
Tidak cukup dengan itu, Shazliey mendakwa guru tersebut mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kepada anaknya yang masih di tahun dua itu. Tapi sesuatu yang tak disangka terjadi, masa Ammara masuk ke pagar sekolah dia kena tahan dengan seorang cikgu. “Dari jauh dengar cikgu tu marah Ammara sambil lap mukanya dengan kain nak hilangkan make up. Sedih tengok anak kesayangan papa kena marah macam tu depan pelajar lelaki yang lain. Paling sedih cikgu tu kata Ammara tak faham bahasa, ‘Mak ayah tak beritahu ke tak boleh make up ke sekolah?’
Sedangkan dalam group WhatsApp sekolah tak ada pun beritahu tak boleh make up. Cuma beritahu semua pelajar perlu hadir pakai pakaian tradisional sempena sambutan kemerdekaan sekolah.” Shazliey kemudiannya dilihat bersemuka dengan guru tersebut bagi mendapatkan penjelasan tentang mengapa anaknya itu dimarahi dengan sebegitu rupa. Shazliey mendakwa guru tersebut menyalahkan guru-guru yang lain kerana tidak menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelajar.
respon warganet:
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik guru tersebut yang didakwa memarahi kanak-kanak berkenaan kerana bersolek sempena sambutan hari kemerdekaan sekolah. Mereka juga meluahkan rasa kesian terhadap kanak-kanak tersebut yang dilihat trauma selepas dimarahi guru tersebut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.