Ramai yang menyangkakan kemelut rumah tangga antara penyanyi lejen ND Lala dan bekas isterinya Fauziah Sarman sudah pun bertemu jalan penyelesaian selepas kedua-dua mereka disahkan telah berpisah. Pun begitu, cerita mengenai isteri baru pelantun lagu Syair Cak Pong itu menjadi bualan ramai kerana dia dikatakan berkahwin secara rahsia ketika masih bersama dengan Fauziah Sarman yang lebih dikenali sebagai Mama Zie. Terbaru, dalam video yang dikongsikan oleh Mama Zie di TikTok miliknya, ibu kepada penyanyi pop Shila Amzah itu berkongsi beberapa gambar isteri baru ND Lala yang dikenali sebagai Munirah.
Di kapsyen video itu, Mama Zie berterima kasih kepada mereka yang berkongsi gambar wanita itu melalui Direct Message (DM) kepadanya. Apa yang menarik perhatian ialah komen salah seorang individu yang mendakwa pak ciknya pernah menjadi ‘sasaran’ isteri baru ND Lala, di mana dia pernah mengikis duit suami orang itu sehingga menyebabkan berlaku cerai-berai.
Pun begitu, perkara itu tidak disahkan oleh mana-mana pihak lain dan akaun yang tinggalkan komen tersebut berstatus private. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.