Jadi teka teki warganet, akhirnya Puteri Sarah tampil dedah identiti lelaki yang ada dalam insta story dia

Pelakon wanita, Puteri Sarah yang membuat ‘comeback’ selepas beberapa tahun menyepi dalam dunia lakonan dilihat telah melebarkan sayap ke Indonesia.Dia yang kini menjadi usahawan juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan seorang aktor kacak bagi mengembangkan lagi perniagaan. Terbaru, gosip-gosip nakal mengatakan yang dia kini sedang ‘rapat’ dengan seorang aktor kacak negara seberang telah menjadi perbualan ramai setelah dia memuat naik gambar tangan seorang jejaka di Insta Story miliknya.

Memetik laporan dari Harian Metro, Puteri Sarah memaklumkan yang aktor tersebut bernama Andi Arsyil Rahman, 36 dan merupakan rakan kongsinya. Dia akui memang rapat dengan Andi Arsyil namun sebagai seorang rakan kongsi memandangkan mereka sedang menjalankan perniagaan di Indonesia. “Namanya, Andi Arsyil dan dia adalah pelakon Indonesia yang juga seorang ahli perniagaan. Jadi, sekarang kami bekerjasama menjalankan perniagaan produk penjagaan kulit dan tudung kerana dia berhasrat meluaskan bisnes itu di Malaysia. Buat masa ini, kami berhubungan baik untuk sama-sama memberi fokus terhadap perniagaannya. Kebetulan, kami juga memang ada minat yang sama dalam bidang perniagaan,” katanya.

Ditanya perihal status aktor tersebut, Puteri Sarah menjelaskan bahawa jejaka berkenaan masih bujang dan dia sendiri tidak akan menganggu milik orang lain kerana enggan mencari masalah. “Takkan saya nak kacau orang punya. Mestilah dia masih bujang,” ujarnya lagi. Dalam perkembangan terkini, pemilik nama sebenar  Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, mengatakan yang mereka kini sedang dalam perancangan mengembangkan perniagaan di Malaysia dan juga Brunei. Tak hanya itu, dia kerap berulang alik ke Jakarta kerana urusan perniagaan serta bakal terbabit dalam menjayakan sebuah filem. Walau bagaimanapun, setakat ini pengambaran telah ditunda berikutan produksi mengalami sedikit masalah.

“Apapun, selain terbabit dengan perniagaan di Indonesia, saya juga ke Jakarta sebab ada penggambaran filem. Tapi, sekarang ada masalah sedikit dan ia (penggambaran) terpaksa ditundakan dulu,” jelasnya. Untuk rekod, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusuf dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Namun begitu, pada 14 Jun lalu, mereka sah berpisah talak satu di Mahkamah Syariah Wliayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.