Penyanyi Shila Amzah enggan masuk campur atau menyebelahi mana-mana pihak berhubung kemelut yang melanda rumah tangga ibu dan bapanya. Menurut Shila atau nama sebenar, Nurshahila Amir Hamzah, 33, berkata keputusan untuk berpisah adalah pilihan ibu bapanya sendiri dan sebagai anak hanya kebahagiaan mampu didoakan. “Saya bersikap neutral dan tidak berpihak kepada sesiapa. Apa yang berlaku antara mereka, saya tak nak masuk campur. Saya hanya mahu mereka gembira sahaja. Anak-anak pun dah besar. Semua ada kehidupan masing-masing. Tidak timbul isu anak nak ikut siapa selepas ibu bapa berpisah.”
Mengenai pendirian untuk mengunci mulut ketika isu rumah tangga orang tuanya menjadi perbualan hangat warganet, penyanyi ‘Patah Seribu’ ini memaklumkan tiada sebarang keperluan untuk dia memberi kenyataan. “Saya tidak membuat kenyataan kerana perkara ini tidak pernah ganggu saya. Sekarang ini, saya nak hidup tenang sahaja. Sebab itulah saya biarkan sahaja.” Terdahulu, Shila ditemui di sidang media Famili Duo musim ketiga di Putrajaya. Shila bakal menyertai program tersebut bersama adik lelakinya iaitu Syahir.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.