Personaliti media sosial, Elcah yang juga merupakan kawan baik kepada penyanyi, Syada Amzah turut terkena tempias dengan pergaduhan keluarga Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman. Menerusi hantaran di Instagram Story, Elcah menjawab dakwaan yang mengatakan Syada tidak bekerja dan hanya mengharap duit daripada Shila. Kata Elcah, penyanyi berumur 25 tahun itu bekerja keras mencari rezeki bagi menyara kehidupan sendiri. Bagaimanapun jelasnya, rezeki Syada tidak serancak seperti kakaknya yang ‘back to back’ keluar bekerja.
“Untuk sesiapa yang suruh aku pesan ke Syada pergi kerja. Macam mana korang tahu Syada tak kerja? Kau tak tahu dia macam nak mmps kerja, cari job sana sini. Usaha sana sini tetapi Allah dah tetapkan di situ sahaja rezekinya, tak sehebat kakaknya. Lepastu kau nak suruh Syada buat apa? Salahkan Tuhan ke? Tambah Elcah, dia mengenali keluarga ND Lala dan Fauziah sudah lebih 10 tahun. Elcah menyifatkan ahli keluarga ini mempunyai akhlak yang baik bukan seperti yang dipertonton di media sosial.
“Bagi saya, keluarga ini sangat baik. Cuma ada salah faham adik-beradik. Sebab saya rapat dengan keluarga ini sudah lebih 10 tahun. Media sosial ini apa yang korang nampak saja, di sebalik itu korang tak tahu pun. Kakak dan adik ni baik.” Dalam pada itu, ‘influencer’ cantik ini turut memohon agar warganet berhenti menyrang akaun Instagram (IG) Fauziah atau lebih mesra dikenali Mama Zie kerana wanita itu sudah cukup sakit dengan pergolakan rumah tangga disusuli dengan kes perpisahan. Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.
Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu. Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq. Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.