2 tahun dah menduda, akhirnya Fizi Ali dah selamat nikah dengan kawan niaga

Penyampai radio ternama, Mohd Hafizudin Alimudin atau lebih dikenali sebagai Fizi Ali hari ini mengumumkan dia sudah selamat bernikah selepas 2 tahun menduda. Menurut laporan Berita Harian, kedua-dua mereka selamat bernikah di dalam sebuah majlis akad nikah yang dihadiri keluarga dan sahabat baik di Gombak, jam 10 pagi tadi. Dalam laporan yang sama, wanita berkenaan merupakan rakan niaganya yang dikenali sebagai Siti Zulaiikha.

“Kami mulanya hanya rakan bisnes, tetapi akhirnya menemui titik keserasian. Isteri adalah insan paling rapat dan menjadi pendorong untuk saya lebih semangat ketika berdepan detik sukar. Dari situ, kami temui titik keserasian dan ambil keputusan cuba kenal hati budi. Dengan berkat doa ibu bapa akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri,” kata Fizi Ali. Difahamkan, majlis serba sederhana itu dilakukan atas persetujuan dua-dua belah keluarga, Fizi turut berkongsi mereka sudah pun bertunang beberapa bulan lepas tetapi tidak menghebohkannya atas dasar privasi.

Selain itu, difahamkan wanita berkenaan juga mempunyai seorang anak perempuan sama seperti Fizi, mereka berdua memilih untuk bernikah hari ini kerana tarikhnya cantik iaitu 23 Oktober 2023. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.