Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan penyanyi lelaki terkenal, Sufian Suhaimi difahamkan telah menghantar rombongan merisik seorang wanita yang menjadi pilihan hatinya. Pun begitu, video yang tular itu telah mendapat perhatian seorang warganet yang mendakwa abang kepada bakal isteri Sufian telah berhutang dengannya. Menerusi satu perkongsian di X yang sudah dipadam, individu tersebut mendakwa bahawa dia sudah penat menagih hutang pada abang wanita tersebut yang sudah tiga tahun tidak melangsaikannya.
Hutang tersebut dianggarkan sebanyak RM12,000 dan dia juga meminta lelaki berkenaan menyuruh Sufian menjelaskan hutang itu selaku bakal adik ipar. “Dah 3 tahun tau aku tunggu dia bayar. Janji nak bayar tapi tak pon. RM12K tak sikit, banyak woi. Bila kau nak bayar hutang kau? Tak pon suruh bakal adik ipar kau bayarkan,” tulisnya. Namun Sufian tampil menjelaskan keadaan menerusi akaun X dengan mengatakan bahawa bakal isterinya itu tidak mempunyai abang.
Malah katanya lagi, jikalau benar bakal isterinya ada abang sekalipun, mengapa pula bakal adik ipar perlu membayar hutang tersebut. Hah ada betul jugak! Apa-apapun sehingga kini, tiada jawapan balas daripada individu tersebut berkenaan posting Sufian dan diharapkan isu ini telah pun selesai. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.