PELAKON Remy Ishak dan isteri buat pertama kali berkongsi wajah anak sulungnya iaitu Tuah Alam untuk tatapan umum. Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 41, meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Tuah dalam dirinya dan isteri, Ezza Yusof. “Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup ayah dan bonda,” katanya. Remy mendedahkan wajah anak kesayangannya itu dalam satu hantaran di Instagram pada Selasa. Remy yang memakai baju kemeja bercorak kotak dilihat tersenyum sambil memberikan ciuman di pipi anaknya.
Sementara itu, menerusi hantaran yang dibuat isterinya, Ezza berharap warganet dapat mendoakan yang positif untuk keluarga kecil mereka. “Kenalkan anakanda kami Tuah Alam Remy Ishak. Doa yang baik-baik untuk keluarga kecil kami,” ujarnya. Pada 27 Julai lalu, Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur. Selepas tiga minggu menimang cahaya mata, Remy akhirnya mengumumkan nama putera sulungnya itu yang dikatakan mempunyai unsur kemelayuan.
Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.