Perkongsian di Instagram milik ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman menjadi perhatian selepas dia memuat naik kisah seekor kerbau yang mti gara-gara ftnah. Menerusi kisah yang dikongsikan, seekor kerbau mti dibnh tuannya sendiri apabila diftnah sudah tidak mahu bekerja lagi. Ia gara-gara berita yang diubah dan ditokok tambah oleh rakan haiwan tersebut sehingga mengundang rasa marah tuannya.
“Seekor kerbau yang baik mti hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata fitnah. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada anjing yang kebetulan datang, kawan, saya sangat penat, esok nak rehat sehari. Anjing berjumpa kucing di sudut tembok. “Tadi saya berjumpa kerbau, katanya esok dia ingin berehat dulu. Saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada kerbau. Kucing kemudian bercerita kepada kambing, “kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!”
Kambing berjumpa ayam, “khabarnya kerbau tidak seronok bekerja dengan bos, mungkin ada bos lain yang lebih baik. Ayam bercerita kepada monyet, “kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain! Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos, “Bos, tolong ajar si kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin tinggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!”. Mendengar ucapan monyet, bos terus bunuh kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!”
Menerusi kisah yang dikongsikan itu, Fauziah menyifatkan betapa buruknya padah sekiranya seseorang itu diftnh tanpa usul periksa. Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata itu turut menasihati orang ramai agar tidak menyampaikan sesuatu berita yang tidak sahih kepada banyak pihak. “Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan. Untuk renungan bersama.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.