Tiada masa nak bersedih fikir masalah, Syada Amzah kongsikan keluarga dah selesai pindah rumah baharu

SELEPAS melalui kontroversi membabitkan keluarga, penyanyi Syada Amzah memilih untuk kekal tenang dan tabah mengharungi dugaan itu. Meskipun menerima kritikan hebat warganet, Syada atau Nursyuhada Amir Hamzah, 26, berkata dia perlu kuat kerana tidak mahu kemelut ini menjejaskan emosi ibunya. “Sejujurnya saya lebih tenang sekarang ini dan fokus kepada hal lain seperti rumah, uruskan kucing dan sibuk promosi lagu baharu… perkara itu membuatkan saya tiada masa bersedih dan nak fikir masalah. “Alhamdulilah semuanya baik dan ibu pun baik sahaja… cuma saya nak kena jaga ibu dan risau emosinya akan terganggu nanti dan saya la yang perlu berikan sokongan padanya,”katanya.

Ditanya mengenai usahanya untuk menjernihkan semula hubungan dengan kakak iaitu Shila Amzah, Syada berkata dia menyerahkan segala kepada Allah SWT. “Keadaan sekarang tak panas tak sejuk… saya yakin satu hari nanti kami akan berjumpa juga dan percayalah kalau jumpa tak akan ada tarik rambut pun. “Sebenarnya kami daripada dulu pun memang jarang berhubung kecuali perkara penting saja. Kami sekeluarga memang tak ada famili group (Whatsapp).

“Tapi ibu ada mesej kakak, mereka ada berhubung berbincang mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya. Konflik keluarga Shila Amzah terjadi apabila penyanyi itu bertindak menjual kediaman miliknya dihuni oleh ibu, Fauziah Sarman bersama tiga adik-beradik lain. Selain Syada, seorang lagi adik Shila iaitu Syafiq mendakwa mereka dihalau dan tidak mengetahui perancangan penyanyi itu. Dalam satu perkongsian di sesi siaran langsung laman sosial sebelum ini, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah memberitahu rumah banglo berkenaan terlalu besar untuk diuruskan selain penuh dengan kucing.

Justeru Shila mengambil keputusan menjual kediaman berkenaan dan mahu mencari sebuah rumah baharu untuk ibunya itu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.