PENYANYIÂ yang juga merupakan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob memohon orang ramai agar memberi ruang kepada adiknya iaitu Raf Yaakob mencari jalan penyelesaian berdepan kemelut rumah tangga bersama pelakon Mawar Rashid. Mengetahui konflik membabitkan pasangan itu sejak awal lagi, Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 45, bagaimanapun berkata dia tidak menyangka akhirnya mereka memutuskan untuk berpisah dan berkongsi perkara itu di media sosial. “Sebelum ini saya hanya beri mereka ruang untuk selesaikan masalah rumah tangga. Saya pun tahu tentang perpisahan mereka ini di media sosial.
“Sebagai ketua keluarga saya harap mereka diberi ruang untuk melalui perjalanan ini,” katanya ketika dihubungi. Fazley mengulas perkara tersebut selepas Raf dan Mawar membuat pengumuman di media sosial sepakat memilih jalan untuk berpisah kerana tiada persefahaman. Sementara itu, Fazley berkata dia yakin keputusan yang dibuat itu adalah atas perbincangan bersama demi kebaikan mereka berdua. Malah dia juga tidak dapat mengesahkan sama ada Raf dan Mawar sudah sah berpisah di mahkamah syariah.
“Saya tetap mendoakan yang terbaik buat mereka. Saya yakin keputusan yang dibuat adalah atas perbincangan dua orang dewasa. Rasanya bukan posisi saya untuk terus bercakap tentang isu rumah tangga mereka. Saya tidak mengikuti perkembangan mahkamah mereka. Kita tunggu sahaja kenyataan dari mereka nanti,” jelasnya. Desas-desus keretakan rumah tangga Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, mula menjadi bualan sejak Rabu selepas satu sumber mendedahkan pasangan ini perlu ke mahkamah syariah.
Mawar dan Raf kemudian sama-sama mengeluarkan kenyataan di laman sosial masing-masing memaklumkan mereka sudah berpisah. Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.