Penyanyi, Datin Alyah meluahkan rasa sedih dan terharu kerana banyak pihak termasuk peminatnya tampil memberi sokongan setelah isu komen juri di final All Stars Gegar Vaganza memberi kesan mendalam terhadapnya. Menerusi siaran langsung di TikTok, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Abu Hassan kelihatan sebak ketika mengenang kembali kisah adik beradiknya yang pernah berselisih faham. “Saya tak pernah sangkal segala percaturan Allah, semestinya yang terbaik. Arwah bapa saya sangat marah kalau anak-anak bergdh. Kakak saya pernah kena halau dari rumah sebab bergdh. Abang pun pernah lari rumah sebab bergdh dengan kakak.”
Justeru itu, pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa ini memohon agar tiada lagi pertelingkahan terutama antara peminat mengenai isu tersebut di media sosial. “Jadi sebab itulah bila saya tengok orang bertelagah saya rasa macam.. Allah, tolonglah jangan gaduh dekat media sosial. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Saya tak lebih apa pun, banyak kurang saya. Saya bukan trauma dengan pertuduhan, tapi saya tak suka orang yang menindas. Bila bergdh Allah tak bagi apa-apa pun, jadi negatif, rezeki sempit..jadi buat apa nak bergdh?”
Dalam pada itu, penyanyi berusia 42 tahun ini turut menghargai peminat yang mempertahankan dirinya yang dilihat kurang senang dengan komen yang dilemparkan oleh juri, Hetty Koes Endang. “Bila orang hargai saya rasa seronok dan happy. Menggembirakan orang tu pahalanya besar. Saya sedih, saya ingat korang dah lupakan saya. Banyak cerita tentang saya seminggu ini. Saya repost (Instagram) bukan saya nak melagakan atau menyokong tapi saya sebab saya hargai anda semua yang membela saya. Itu yang saya rasa terharu.
Bapa saya pergi menghadap illahi umur saya 19 tahun, dialah orang yang akan bela saya. Bila tak ada dia dan tiba-tiba benda ini berlaku dan korang bela saya mestilah saya sedih. Bagaimanapun, isteri kepada Maestro Muzik, Datuk Ramli MS ini juga mengakui dirinya bukanlah manusia yang sempurna. “Tak ada manusia yang sepanjang hidup dia baik tapi kita cuba jadi baik. Saya pun kadang-kadang ada angin moody juga. Jadi jangan anggap saya wanita lindungan Kaabah ya sebab saya pun ada angin juga. Ada hari aku gila, ada hari aku sedih, ada hari aku normal.
Terdahulu, Siti Nordiana telah membawa lagu Kisah Hati pada malam final GV, namun warganet tidak berpuas hati dengan komen Hetty yang mengatakan Siti Nordiana lebih bagus berbanding Alyah. Warganet menyifatkan komen Hetty adalah tidak wajar kerana merendahkan penyanyi asal. Dalam masa yang sama, kelab peminat kedua-dua penyanyi itu juga dilihat saling bertelagah dan membandingkan mereka.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.