Penyanyi Sufian Suhaimi, 32, menjelaskan sepotong video yang tular sekitar Oktober lalu bukanlah majlis pertunangannya dengan kekasih hati seperti yang didakwa segelintir pihak. Ketika ditemui, Sufian berkata majlis tersebut hanyalah majlis merisik sahaja. Bagaimanapun dia tidak menolak untuk mengadakan majlis pertunangan sebelum mengadakan majlis akad nikah. “Status kami masih belum bertunang. Majlis pertunangan tak pasti sama ada buat atau tak. Tapi kalau hendak menyempurnakan adat, mungkin akan buat juga nanti. Sebenarnya majlis merisik kami rancang untuk buat secara kecil-kecilan dengan dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.
Tapi video itu terkeluar juga kepada umum. Namun, itu bukanlah perkara tidak baik. Ramai yang salah faham, itu bukan bertunang, tapi sebenarnya merisik. Kami juga mahu hubungan ini mengikut adat. Keluarga kedua belah pihak juga sokong apa yang kami rancang. Bertunang itu tak ada keperluan, tapi kalau hendak menyempurnakan adat, kami akan buat juga” Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Rabu.
Sementara itu, Sufian berkata dia merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini. “Mengikut perancangan kasarnya saya ingin mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Insya-Allah tahun ini raya kali terakhir sebagai single (bujang).” Dalam pada itu, ketika disoal mengapa jarang berkongsi foto kekasih di media sosial, pelantun lagu Di Matamu itu akui lebih selesa untuk menyimpan secara peribadi. “Saya rasa zaman teknologi ini kalau buat carian di Google atau media soaial orang akan jumpa. Kalau tak berkongsi pun orang akan tahu. Kalau hendak kata sorok, tak juga. Mungkin saya jenis orang seperti itu, jarang berkongsi mengenai hal peribadi.
Merisik juga ada dugaan juga. Bagi saya ujiannya adalah untuk mengenali masing-masing, macam mana mahu menerima antara satu sama lain termasuk untul mengenalo dan sesuaikan diri.” Sekitar Oktober tahun lalu, tular sepotong video memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian sedang menyarung cincin di jari manis seorang gadis sehingga mencetuskan spekulasi mengakatan penyanyi itu sudah bertunang. Antara lain, video itu memaparkan Sufian yang segak menyarung kemeja putih, bergambar bersama wanita dipercayai tunangannya.
Sebelum ini, Sufian pernah berkongsi mengenai teman wanitanya itu yang berusia 23 tahun dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT). Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.