Hari ini telah berlangsungnya kes tuntutan hadanah yang difailkan penyampai radio, Fizi Ali terhadap bekas isterinya, Shakilla Koriri di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam. Susulan sebutan kes tersebut, Fizi Ali ketika ditemui berkata, selepas hampir tiga bulan terpisah dengan anaknya, Ameena Sofia, dia menitiskan air mata kegembiraan apabila bakal disatukan semula dengan kanak-kanak itu pada 1 Mac ini. Menurut mStar, Fizi, 35, memaklumkan bahawa dia bakal menghabiskan masa bersama Ameena selama empat hari selepas mencapai persetujuan bersama bekas isteri.
“Hari ini sebutan kes hadanah dan saya gembira dan ingin ucap terima kasih kepada peguam saya. Akhirnya minggu depan saya dapat ambil Ameena selama empat hari setelah tiga bulan tak berjumpa,” katanya. Menurut Fizi juga, Shakilla tidak meletakkan sebarang syarat ketika bertemu Ameena sepanjang tempoh berkenaan.
Kebenaran berjumpa juga adalah atas budi bicara peguam memandangkan kes ini masih belum selesai. Walaupun hanya diberi masa hanya empat hari, Fizi berkata yang dia bersyukur kerana sudah lama memendam rindu untuk bertemu dengan anaknya. “Kita akan ke taman tema air, itulah yang saya rancang. Saya tak sangka akan dapat peluang ini dan mahu bawa dia bergembira. Saya juga mahu bawa Ameena jumpa mak ayah. Mereka sangat rindukan Ameena walaupun tidak pernah meluahkan. Dekat rumah emak selalu pegang barang Ameena. Kami sangat rindu,” katanya.
Sebutan kes ini akan disambung semula pada 19 Mei depan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.