Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan hasratnya untuk mengeluarkan lagu raya pada tahun ini hanya April Fool semata-mata. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aliff Syukri di laman Instagramnya, dia memohon maaf kepada warganet dengan usikan yang dilakukannya itu sehingga mengundang kemarahan ramai. “Lagu raya saya tahun ini tak ada pun. Saya saja sakat korang semua. Kepada mak dan isteri saya, jangan marah ye. kepada korang semua..April Fool! Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Klik sini untuk lihat video.
Cuba tulis di bawah siapa dah kena prank dengan saya? Kepada yang menunggu lagu saya tu..April Fool! Minta maaf semua saya hanya menyakat korang je, jangan lah serius sangat. Hidup kena happy sahaja,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak puas hati dengan pengakuan usahawan tersebut memandangkan April Fool adalah hari yang haram disambut oleh umat Islam.
Bukan itu sahaja, warganet turut menitipkan nasihat kepada Aliff Syukri supaya kembali ke jalan yang benar dan menjalankan kehidupannya mengikut ajaran Islam. Tegas warganet, usahawan tersebut tidak perlu lakukan April Fool untuk menghormati sensitiviti agama terutamanya pada bulan mulia.
Terdahulu, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap anak lelakinya itu susulan muzik video raya yang mengundang kemarahan ramai. Malah, dia meminta agar Aliff Syukri memadam muzik video tersebut untuk menjaga maruah keluarga selain mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.