TINDAKAN pelakon Ruhainies tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah mengundang pelbagai reaksi warganet. Rata-ratanya menyelar kenyataan dikeluarkan oleh Ruhainies yang disifatkan sudah terlambat selepas segala rahsia terbongkar di media sosial. Malah, ada warganet menasihati supaya Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, lebih tegas dan tidak menerima permohonan maaf pelakon drama Terjerat itu. Menerusi perkongsian terbaharu Bella di Instagram, peminat tinggalkan komen meminta isteri Aliff Aziz agar tidak mengikut permintaan Ruhainies yang mahu bertemu dirinya.
“Jangan galak nak jumpa ya, jaga standard awak tak perlu perjumpaan bagai. Bella duduk diam-diam jangan jumpa sana. Dia tak ikhlas minta maaf. Dia orang banyak rancangan Bella, jangan mudah kau terpedaya,” antara komen warganet. Sebelum itu, Bella menerusi Instagram berkongsi foto berbaju kurung berwarna biru dan bertudung di hari Jumaat.
“Salam Jumaat,” tulisnya di ruangan kapsyen. Turut menjadi perhatian apabila kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine turut tinggalkan komen memuji kecantikan Bella. Pada pagi Jumaat, Ruhainies tampil membuat permohonan maaf terhadap Bella Astillah secara terbuka dan berharap dapat bertentang mata dengan Bella dan Sarah bagi menjernihkan keadaan agar semua perkara berbangkit dapat diselesaikan.
Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. Susulan kejadian tersebut, Bella mengambil keputusan memfailkan untuk berpisah terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan melepaskannya. Aliff memberitahu mahkamah dia masih sayangkan Bella dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan Ruhainies yang dinamakan sebagai NRF. Pendedahan itu membuatkan ramai bengang dengan Ruhainies selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.