Lebih percayakan kawan, Fara Salleh tampil buat luahan menyesal kahwin dengan Shuk Sahar

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak. Hantaran tersebut sekaligus mengundang spekulasi ramai yang mendakwa hubungan Fara dan Shuk kini dalam masalah. Malah ada segelintir daripada wargamaya menyifatkan itu adalah ‘balasan’ kerana Fara pernah merampas Shuk daripada Rossa Sera sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Fara tampil membela diri dan menafikan dia adalah punca pasangan itu berpisah. “Saya tak pernah rebut dia awak dan dia bukan ada saya sorang ya kalau nak tahu zaman tu. Boleh tanya sendiri tuan badan yang claim tu. Allah saksi saya dan orang sekeliling termasuk kawan dia tahu benda ni. Saya simpan semua perbualan dengan perempuan tu. Saya bukan punca, saya tak pernah bersuara pasal ni. Selama ni saya diam.”

Dalam pada itu, Fara turut mendakwa suaminya itu seorang yang baran selain lebih mempercayai kawan berbanding isteri sendiri. “Dia lebih percaya kawan dia, lindungi kawan dia. Dah banyak kali ajak kaunseling, dia tak nak. Dia baran sangat-sanagat tapi kalau orang lain dia tak macam ni.” Fara juga berharap supaya dirinya dilepaskan apabila suami menyedari kenyataan yang keluarkan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.