Genap sebulan pemergian ibu, anak mngsa tanah jerlus di Masjid India ke lokasi kejadian dengan bawa seplastik bunga

Anak mangsa tanah jerlus di  Jalan Masjid India pada 23 Ogos lalu kembali ke lokasi kejadian dengan membawa seplastik bunga selepas genap sebulan ibunya dilaporkan hilang. Menerusi video yang tular di media sosial, anak lelaki kepada wanita warganegara India, G Vijaya Lakshmi, 48 iaitu M.Suria, 25 dilihat berada di lokasi tanah jerlus yang mengakibatkan ibunya terjatuh ke dalam lubang dan sehingga kini masih belum dijumpai.

Dia yang membawa bunga dan melemparkannya ke lokasi tersebut sepertinya berada dalam keadaan sugul sebelum beredar sambil mengesat muka. Difahamkan, video terbabit diambil pada 22 September 2024 iaitu selepas sebulan kejadian tanah jerlus berkenaan terjadi sehingga dia kehilangan ibunya yang masih belum lagi ditemui hingga kini walaupun pihak berkuasa tempatan sudah melakukan pelbagai usaha mencari serta menyelamat. Klik sini untuk lihat video.

Perkongsian video yang dibuat naik oleh pengguna dikenali sebagai sarvaessrashbinrajappa itu telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet termasuklah rakyat Malaysia. Masing-masing menzahirkan ucapan takziah kepada anak mangsa tanah jerlus itu dan berharap agar mereka sekeluarga diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini serta berdoa agar Tuhan terus merahmati mereka.

Sekadar info, pada 23 Ogos 2024, kita dikejutkan dengan berita kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India sehingga menyebabkan seorang wanita warganegara India hilang susulan jatuh ke dalam lubang besar yang terbentuk. Mangsa yang datang ke Malaysia bersama keluarga dimaklumkan sedang berjalan kaki ke sebuah rumah ibadat masyarakat Hindu sebelum kejadian tersebut berlaku. Selepas 9 hari proses mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, pihak berkuasa memaklumkan pencarian terpaksa dihentikan kerana pelbagai risiko terutamanya buat para anggota penyelamat.

Keluarga mangsa juga telah berangkat pulang ke India usai dimaklumkan tentang SAR terpaksa dihentikan selepas tiada jejak ditemui tentang mangsa walaupun pelbagai ikhtiar sudah dijalankan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *