Siap makan wagyu bersama, Abby Abadi dan Marissa Dania nampak mesra keluar makan

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Abby Abadi mencuri perhatian ramai apabila menikmati hidangan bersama anaknya, Marissa Dania, di sebuah restoran wagyu. Perkongsian itu sekali gus menjawab persoalan mengenai hubungan Abby dengan Marissa yang sebelum ini menjadi tanda tanya.

Dalam video yang dikongsikan, Abby dan Marissa dilihat duduk bersebelahan sambil menikmati hidangan bersama. Turut hadir memeriahkan pertemuan itu ialah rakan seperjuangan Abby, Azza Elite. Hantaran itu kemudian menjadi perhatian warganet yang rata-ratanya gembira apabila mengetahui hubungan ibu dan anak itu masih baik.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian lain, Abby menafikan dakwaan kononnya hubungannya dengan Marissa renggang seperti yang menjadi bualan netizen sebelum ini. Abby menjelaskan bahawa perselisihan yang berlaku hanyalah antara dirinya dengan bekas suami, Norman Hakim.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *