Luangkan masa di pusara isteri, ramai yang sebak tengok Tun Mahathir menitiskan air mata lepas rindu di pusara Tun Hasmah

Advertisements
Advertisements

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan sebak dan sugul ketika menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada Khamis. Beliau yang berkerusi roda dilihat meluangkan masa di pusara isterinya sebelum menitiskan air mata mengenangkan insan yang menjadi teman hidupnya selama tujuh dekad.

Dr Mahathir yang berbaju kemeja dan berkain pelikat tiba kira-kira pukul 11.05 pagi dengan ditemani ahli keluarga dan meluangkan masa kira-kira 20 minit. Negarawan itu dilihat membaca doa dan menabur bunga di pusara Allahyarham. Kehadiran Dr Mahathir juga menyebabkan orang ramai yang turut menziarahi pusara kelihatan sebak. 

Dr Mahathir dan Allahyarham Siti Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Allahyarham Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Isnin. Jenazah Allahyarham kemudian dikebumikan dengan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *