Memang tak asing lagi semua dengan isu ini. Pelakon, Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, baru-baru ini telah memberikan kenyataan mengenai isu anak perempuannya, Ira Kazar yang didakwa menganggu rumahtangga pelakon puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Jelas Kazar, beliau berpendapat apa yang berlaku itu bukanlah ‘perkara yang besar’ dan menitipkan harapan agar mereka dapat berbaik semula.
Kongsi Tangkap Layar Kenyataan Kazar
Terkini, Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik tangkap layar mengenai kenyataan Kazar dan meminta para warganet untuk membincangkan isu tersebut. “Bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumahtangga orang…’ Bincangkan.”-Tulis Puteri Sarah
“Tak Kena Kat Anak Dia Lagi…”
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa berang terhadap kenyataan Kazar yang disifatkan “menghalalkan” tindakan Ira Kazar yang didakwa menganggu rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. “Beri sokongan penuh untuk rampas hak orang. Waras tak waras pak samad ni.” “Tak kena kat anak dia lagi boleh la sembang. Mende la.”
kata warganet lagi “Terus hilang respect kat dia ni. Takmaunya aku nengok kalau si degawan ni berlakon lepas nie.” “Sebab yang anak dia kejar tu orang kaya. Cuba orang biasa cabuk-cabuk. Dia tentang habis-habis lah.”Sumber, murai
Kazar berharap isu melibatkan anaknya dapat diselesaikan dengan baik. Pelakon veteran Kazar memohon masyarakat tidak mudah menghvkum sehingga mengguris perasaan keluarga berhubung kontroversi melibatkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar yang didkwa menjadi perosak rumah tangga orang lain. Kazar atau Kazaruddin Saisi, 63, berkata, dia berharap masalah melibatkan Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan segera.
“Nasihat saya kepada warganet, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita. Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat,” katanya.
Kazar ditemui ketika majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu. Dalam pada itu, Kazar enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung kes berkenaan memandangkan ia masih dalam siasatan selain tidak mahu menimbulkan salah faham antara kedua-dua belah pihak. Pun begitu, sebagai seorang bapa, Kazar sentiasa memberi sokongan penuh terhadap Ira ketika dia berdepan dengan masalah sebegini.
“Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut kerana p.3rintah mahkamah. Ira okey sahaja… kami sekeluarga memberi sokongan penuh kepadanya,” ujarnya.
Sarah sebelum ini membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dkwaan melakukan gngguan.
Untuk rekod Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gnggvan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul. Ira disiasat bawah S.3ksyen 38 Akt.4 Kesl.han Jny.h Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Sumber, Mstar Online