Selamba je individu ni claim nasi Arab Chef Ammar, tak boleh berdiam sekali ini respon dari tuan badan sendiri

Menjelang Ramadan kali ini, perniagaan nasi arab Cef Ammar yang popular di Shah Alam telah mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pembeli. Namun, timbul satu isu baru-baru ini apabila seorang peniaga di Kedah dengan beraninya menggunakan nama Cef Ammar bagi menarik perhatian pelanggannya. “Ini versi Cef Ammar diperbuat dari Kedah. “RM11 sahaja satu bungkus, siapa-siapa teringin boleh datang cuba dekat sini,” katanya.Perkongsian video oleh @alice_amoi di media sosial telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya mengkritik tindakannya itu serta menyifatkan ia seperti pemasaran ‘murahan’ yang dibuat demi keuntungan sendiri.

“Ambil kesempatan perniaga macam ini, mentang-mentang nasi arab Cef Ammar tengah popular, dikatakan jual nasi arab Cef Ammar juga, boleh sabit kesalahan jika guna nama orang lain sebagai ‘brand’,” komen seorang pengguna. Lebih menarik perhatian ramai, apabila empunya perniagaan, Cef Ammar tampil tinggalkan komen pada video tersebut dan menegur agar peniaga berkenaan berhenti mengelirukan pelanggan dengan menggunakan namanya. “Ini bukan makanan Cef Ammar, tolong jangan guna nama saya, terima kasih,” tulisnya.

Sehubungan itu, selepas tular komen berkenaan, difahamkan pemilik akaun telah bertindak memadam teguran tersebut, tetapi ia sempat disimpan oleh orang ramai yang membacanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tak bersetuju dengan tindakan empunya video yang ‘menumpang’ nama Chef Ammar untuk menaikkan perniagaan ini. Walaubagaimanapun, mereka menegur empunya video untuk menukar kapsyen dan menjelaskan keadaan sebenar agar tidak berterusan dikritik warganet. Sejak awal Ramadan lalu, nama Chef Ammar Ali menjadi popular kerana tular pelbagai kejadian yang berlaku di kedai Nasi Arab Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.

Antaranya dia telah menghadkan pembelian setiap seorang dan memberikan nombor supaya mereka tidak beratur terlalu lama namun gagal mendapatkan juadah. Malah ada pelanggan yang brblah gara-gara tidak berpuas hati kejadian potong giliran dan menjual semula menu itu dengan harga tinggi. Ada warganet juga berpendapat kenapa pelanggan sanggup beratur berjam-jam di bulan Ramadan sedangkan gerai Chef Ammar dibuka 11 bulan lagi di Subang. Apa pun, sambutan yang luar biasa terhadap nasi Arab itu pastinya memberi keuntungan yang berlipat kali ganda untuk tukang masak asal Palestin itu memandangkan kedainya menjual dua menu dengan harga RM25 dan RM50.

KOSMO! ONLINE