Kecewa sebab terbeli ayam golek yang dah tak elok, sekali bila pegi balik kedai tu ini pula respon peniaga tersebut

Tiap kali menjelangnya Ramadan, bazar tumbuh merata di banyak lokasi, lebih-lebih lagi ketika negara memasuki fasa perali­han endemik yang mana rakyat bebas untuk bergerak termasuk menjalankan aktiviti perniagaan di bazar. Apa yang menariknya, di bazar Ramadan, kita boleh mencari juadah yang pelik-pelik dan istimewa yang sukar diperoleh pada hari biasa melainkan bulan puasa. Tapi lain pula kisah yang di kongsi oleh pelanggan ni “Dik, ni ayam bakar abang beli semalam tak masak. Liat dan berbau tak boleh nak makan. Boleh ganti balik tak?”

“Boleh. Abang pusing-pusing dulu, nanti dah masak abang datang ambil” “Ok. terima kasih” Wah senangnya. Tak ada tanya bukti langsung. Bagus adik penjual ni. Selepas berpusing bazar dua kali, saya bertanya. “Dah siap ke dik?” “Abang ada gambar ayam tak masak tu tak?” Eh, dia tanya gambar minta bukti pula. Tadi mula-mula tak nak tanya. Saya membuka telefon bimbit dan menunjukkan gambar ayam tak masak yang saya tangkap hari sebelumnya. “Tengok ni, dagingnya warna merah jambu dan kekuningan. Sepatutnya kalau masak, dagingnya warna putih. “Masak begini (bakar) memang macam tu bang”. Penjual mula beri alasan. “Dik, kan abang dah beli beberapa kali di sini. Selalu sedap je. Kali ni dia liat, dan ada bau sedikit busuk”

“Saya boleh ganti separuh je” jawabnya. Hmmm dah lain macam nada dia. Macam bengang. “Saya bukan tak boleh makan separuh. Seekor semalam tak boleh makan. Buang semua” “Tapi saya meniaga bang” “Betul la meniaga. Meniaga sedap saya datang lagi beli. Kan kenal saya kan dah beli beberapa kali. Kalau ganti separuh je ini kali terakhir la saya datang beli.” Wajahnya seperti tidak puas hati. “Abang pusing-pusing dulu. Nanti datang balik” “Saya dah pusing banyak kali dah. Saya berdiri tunggu sini sahaja”Ketika saya berdiri tunggu tu, saya perhatikan sahaja ayam-ayam lain yang sudah masak diberikan pada pelanggan yang baru datang. “Ayam yang mahu digantikan itu dia masak yang lain, kecil sedikit. “Seorang demi seorang pelanggan baru dapat ayam mereka. Lebih kurang 3 orang.
Saya mula memeluk tubuh memberi isyarat menunggu lama.

“Barangkali dia tidak selesa saya berdiri lama di situ, dia buat kerja tak keruan. Tiba-tiba ketika dia sedang mengalihkan seekor ayam lain yang sudah masak, ayam itu terlepas dari pengepit besi dan jatuh ke jalan tar. Dah tak boleh jual. Dia terus masuk ke dalam baldi. Selepas itu, dia ambil ayam yang hendak digantikan itu, dia kerat empat. “Ha ni dah masak kan! Memang kalau bakar masak begini” katanya. “Ha masak la tu. Terima kasih. Maaf ya.” kata saya sambil meneliti daging ayam tersebut, takut-takut tidak masak lagi. “Saya kemudian mengambil bungkusan ayam itu dari tangan pekerjanya. “Sekurang-kurangnya dia ganti walaupun nampak seperti tidak ikhlas dengan nada yang tidak enak didengar.

“Memang ni kali terakhir la dik beli kat awak dik. Selamat maju jaya. “Lepas ni kalau anak nak ayam bakar, baik saya beli di Bakers Cottage , Rm16 ringgit seekor sahaja ( dah naik harga. sekarang rm18) Kalau di bazar tu, RM25. Jangan kata kita tak sokong peniaga bazar, dah 4 kali kita beli pada dia sebelum ini. Kredit, Muhammad Harris Nasril. Berikut reaksi dari warganet, “Viral jalan terbaik.. pengajaran kepada peniaga..sifat manusia susah nak terima kesilapan sendir, akan ada dolak dalihnya..” “Berniaga makanan tidak boleh terlsmpau banyak sebab pembrli tidak ramai kalau tidak habis rugi dari dan mubazir dan rusak makanan tersebut”

“Betul saya dah beli kat bakers cottage dah 2 kali puas hati..murah pun murah”komen Has Loha. ”Kepada penjual kat bazar tu jng la buat byak2 sekaran ni penbeli tak ramai mcm dulu.. buat bayak 2 tk ramai beli .. simpan masak esok pula .. tu la jadi makan tk sihat .berulat dn sebagainya.. buat sikit 2 pun tak apa .. kata org tua biar tk cukup dari menbazir.. kastema tk sempat hari ni esok blh datang lg.. jadi mcm ni org pun dh tk nk beli”