Ank umur 8 tahun menangis balik dari sekolah, rupanya kawan dekat sekolah ejk sebab adik kurang upaya

Tular satu video memaparkan seorang anak kecil berusia dalam lingkungan 8 tahun yang menangis teresak-esak selepas pulang dari sekolah. Menerusi hantaran dimuat naik ibunya yang dikenali sebagai Yusrina Yusoff, dapat dilihat anaknya yang bernama Chenta itu menangis teresak-esak dan begitu kecewa dengan ejekan rakan sekolah yang mengatakan adiknya cacat. “Mereka cakap adik cacat, pastu kaki dia terbelit-belit, kenapa mereka cakap macam itu?

Bukan itu sahaja, Yusrina memaklumkan bahawa rakan-rakan sekolah anaknya turut menggelarkannya sebagai bodoh serta orang susah dek kerana kekurangan yang dihadapi mereka sekeluarga. Dalam pada itu, Yusrina turut menjelaskan perkara ini telah pun dimaklumkan kepada pihak sekolah dan akan diteliti serta disiasat. “Ibu telah berjumpa dengan pihak sekolah dan pihak sekolah akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam. Saya juga tidak betulkan Chenta 100 peratus, mungkin Chenta terlampau mengikut perasaan dan sedih mengenang nasib yang menimpa keluarga.

Kepada ibu bapa, nasihatlah anak supaya tidak melakukan perbuatan buli mental terhadap rakan-rakan sendiri…kerana kita tidak berada di situasi seseorang pelajar. Pelajar yang dilanda ujian hebat dari Allah juga tidak minta jadi sebegini. Dalam pada itu, Yusrina turut berkongsi keadaan adik kepada Chenta yang dikenali sebagai Haris yang menjadi sasaran ejekan kawan-kawan di sekolah anaknya itu. Difahamkan, anak lelakinya itu sering kena sawan teruk tidak mengira masa serta mempunyai penyakit teruk kerana mempunyai komplikasi keseluruhan organ dalam. Klik sini untuk lihat video.

“Inilah keadaan sebenar adik kepada Chenta, yang dihina semasa Chenta di sekolah. Penyakit Haris ni dikatakan sangat teruk, penyakit Rabyson Sindrom yang tiada di Malaysia dan Haris mempunyai kompilasi keseluruhan organ dalaman.” Menerusi hantaran itu juga, ibu kepada tiga orang anak itu berharap agar golongan ibu bapa menitikberatkan adab dalam diri anak-anak supaya budaya mengejek seperti itu tidak berulang lagi.

Sumber: TikTok