Seorang wanita dari negeri Victoria, Australia menemui sebiji telur yang mempunyai bentuk bulat sempurna di sebuah pasar raya, lapor laman berita The Daily Telegraph hari ini. Pembeli tersebut berkongsi penemuan itu dengan pengacara 3AW Melbourne, Jacqui Felgate yang berkata, ia terdapat dalam papan telur yang dibeli di pasar raya Woolworths.
Ia bukan sahaja dianggap penemuan satu dalam satu bilion, bahkan telur yang jarang ditemui itu sebenarnya pernah dijual dengan harga yang cukup mahal. Felgate menulis di media sosial: “Satu dalam satu bilion telur adalah bulat dan kali terakhir ditemui, ia dijual dengan harga lebih AUD$1,400 (RM4,443).”
Pengguna media sosial memberikan pelbagai komen terhadap penemuan yang mengejutkan itu. Pertama sekali, wow! Kedua, wanita itu sama ada mempunyai tangan kecil atau telur itu terlalu besar,” tulis seorang pengguna.
Seorang lagi warganet pula berseloroh dengan berkata: “Orang membeli telur dengan harga AUD$1400? Itu keterlaluan.” – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.