Ada individu yang tuduh dia sengaja buang kandungan, tak boleh berdiam ini tindakan dari Nurul Shuhada

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa kesal dengan seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya sengaja menggugurkan kandungan disebabkan mengambil jus minuman sebuah jenama produk kecantikan. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Shuhada memuat naik tangkapan skrin layar yang memaparkan komen individu terbabit yang mendakwa wanita hamil tidak boleh mengambil jus jenama tersebut yang dikategorikan sebagai original equipment manufacturor atau pengilang original.

“Dah tahu mengandung, tapi boleh terima lagi pelawaan jadi ambassador. Produk OEM (original equipment manufacturor atau pengilang original) yang tak boleh minum ketika sedang hamil. Buat kenyataan tak boleh makan ubat hospital, tapi just OEM? Macam sendiri nak gugurkan baby pula. Tapi dia tetap dipuja sebab makin jelita dan makin kurus.” Enggan berdiam diri, ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar surat saman kepada individu terbabit.

“Jarang rasa nak buat macam ini, tapi ini sudah melampau. Saya akan ambil tindakan undang-undang yang seterusnya dekat awak, tunggu surat saman sampai.” Pada 9 Mei lalu, Shuhada mengesahkan mengalami keguguran pada usia kandungannya 14 minggu iaitu pada hari raya kedua Aidilfitri bersamaan 23 April lalu. Reda dengan ketentuan Tuhan, Shuhada bagaimanapun menolak dakwaan menggugurkan kandungan tersebut kerana ingin berpisah dengan bekas suami.

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz sah berpisah  talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.