DALAM diam-diam pelakon Intan Najuwa dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang lelaki berstatus Datuk. Menurut sumber, majlis pertunangan mereka berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru dan mereka dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Sumber turut memaklumkan lelaki berkenaan turut mengikuti rombongan aktres tu ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah pada Januari lalu. “Tidak lama lagi mereka bakal mendirikan rumah tangga. Tunang barunya ada pangkat Datuk. Majlis bertunang baru ni diadakan secara tertutup,” katanya.
Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, sebelum ini pernah bertunang dengan ahli perniagaan bernama Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019. Bagaiamanpun hubvngan mereka tidak bertahan lama dan Intan sendiri memaklumkan tiada persefahamanan antara dia dan bekas tunangnya itu. mStar cuba menghubungi pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu untuk pengesahan namun panggilan dan pesanan WhatsApp tidak mendapat respons. Jika benar berita gembira ini, kami mengucapkan tahniah namun jika ia sekadar cerita gosip, semoga Intan bertemu jodoh dengan individu yang terbaik.
Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.