Kesibukan penyanyi, Sufian Suhaimi tahun ini jelas dirasainya sendiri apabila jadual seninya terisi padat sejak awal tahun. Bukan sekadar bidang nyanyian, bahkan dia turut rancak berlakon tahun ini. Sufian, 30, mengakui dia sebenarnya bersyukur apabila campur tangan pihak pengurusan Rusa Music banyak membantu perjalanan seninya kini. Terutama untuk tawaran berlakon diterima, jadualnya diisi dengan teratur.
Menurutnya, dia sendiri pun sebolehnya enggan ada masa terlalu senggang dan menunggu aktif kerjaya muzik semata-mata. Justeru, berlakon pun antara tawaran yang sentiasa dialu-alukan kerana dia pun memang berpengalaman. Perancangan teratur yang dibuat awal pihak pengurusan banyak membantu. Untuk bahagian persiapan melancarkan lagu itu sudah selesai. Jadi, kita tengok apa lagi yang boleh diletakkan dalam jadual untuk tahun ini.
Ini adalah supaya kerjaya saya sentiasa aktif dan jadual pun kerap terisi. Tak nak hanya menunggu tarikh melancarkan lagu dan lakonan pun bukan sesuatu yang sangat asing buat saya. Karier lakonan Sufian paling rancak tahun ini apabila dia sudah menjayakan tiga penggambaran setakat ini. Tidak ketinggalan, dia turut menantikan pelancaran lagu yang pelbagai genre juga tidak lama lagi.
Saya bersama Rusa Music sudah menyiapkan lima single yang terdiri daripada pelbagai genre. Ada balada berat, lagu seperti Terakhir, Di Matamu agak pop sedikit dan semuanya kami rancang untuk lancarkan selepas raya. Sebelum Aidilfitri saya terlebih dulu lancarkan lagu raya bersama Sarah Suhairi berjudul Pasti Raya untuk tahun ini. Sebelum itu juga, saya ada terbabit berlakon tiga telefilem untuk tahun ini. Semua penggambaran sudah selesai.
Dua daripadanya saya memegang watak utama manakala satu lagi adalah sambungan daripada drama 30 Hari Sebelum Raya yang dibintangi ramai pelakon. Tahun ini ia dijadikan telefilem pula,” katanya. Yang pasti, Sufian tidak mahu mensia-siakan bakat dalam bidang lakonan pernah ditimbanya setakat ini.
Katanya, dia terbuka saja apabila dapat tawaran lain asalkan boleh diselit dalam jadualnya. Sebelum ini pun pernah berlakon teater, telefilem pun pernah buat. Sebenarnya semua itu tak dirancang, tapi apabila mendapat tawaran, memudahkan lagi pengurusan untuk letakkan dalam jadual saya,” katanya.
Dalam pada itu, Sufian menyatakan hajat ingin hasilkan mini album atau EP memandangkan material muziknya hampir lengkap. Menurutnya, lagu yang ingin dimuatkan nanti terdiri daripada karya segar dan baharu. Seperti biasa, saya akan lancar lagu satu persatu buat masa terdekat ini. Bagaimanapun, perancangan untuk hasilkan EP pun ada juga memandangkan yang belum dilancarkan pun ada lima.
Jadi, untuk lengkapkan sebuah EP itu sudah tak perlu banyak lagu. Kemungkinan untuk keluarkan EP atau mini album itu belum muktamad lagi. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.