KETIKA masalah keluarga penyanyi Shila Amzah sudah reda, timbul pula tuduhan mendakwa adiknya iaitu Syada Amzah cemburu dengan kejayaan dikecapi kakaknya. Terkilan dengan dakwaan itu, Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, menjelaskan tidak pernah sekelumit dia menyimpan perasaan sedemikian terhadap drh dagingnya sendiri. Kata Syada jika ada pun perasaan cemburu adalah ketika ibu bapanya lebih banyak meluangkan masa bersama Shila bagi menguruskan karier seninya.
“Demi Allah tidak ada secebis pun rasa iri hati pada kakak saya mengenai apa-apa, hanya masa yang ibu dan ayah korban luangkan untuk dia dan tinggalkan saya serta adik-beradik lain ketika masih bersekolah. Selain itu bukan rasa cemburu sebaliknya saya bangga sebab dapat kakak sehebat itu. Awak tak boleh berkata macam awak Tuhan boleh baca hati orang, bahaya. Nauzubillahiminzalik,” katanya. Syada menjelaskan perkara itu ketika menjawab komen warganet yang menuduh dia iri hati terhadap Shila.
Ia susulan perkongsian Syada mengenai kecaman yang diterima sejak kebelakangan ini semasa menyanyikan beberapa buah lagu luar negara. Malah warganet berkenaan juga mendoakan Syada agar dilembutkan hati dan menyayangi diri sendiri. “Memamg Syada ini ada jiwa iri hati pada kakaknya. Ayat awak itu nampak jelas sangat,” kata warganet. Pada Oktober lalu, kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual.
Shila bagaimanapun menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka, Fauziah Sarman. Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.