MENGHANTARÂ anak kecil ke taska atau mana-mana pusat asuhan membuatkan ramai ibu bapa tidak senang duduk ketika di tempat kerja. Tempoh bekerja selama lapan atau sembilan jam dirasakan begitu panjang kerana bimbang akan keselamatan anak di taska. Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang ibu meluahkan rasa kurang senang dengan cara pekerja di sebuah pusat asuhan memberi makan kepada anaknya dan kanak-kanak lain.
Dakwanya pihak pengendali taska menggunakan sudu yang sama setiap kali menyuap makanan kepada anak-anak asuhan. “Saya nampak dengan mata sendiri. Selepas kejadian tu, saya terus ambil cuti dan jaga anak di rumah,” ujarnya menerusi hantaran di grup Tanya Peguam bagi memulakan cerita. Bagaimanapun si ibu tidak mempunyai pilihan lain melainkan terus menghantar anaknya ke pusat asuhan yang sama.
Malah, keluarganya juga tidak bersetuju sekiranya wanita ini mengambil risiko menghantar anak kembarnya ke pusat asuhan lain. “Setakat ini saya kena juga hantar anak ke taska berkenaan kerana tiada orang boleh jaga. Bayangkan taska berdaftar… ada CCTV (kamera litar tertutup) pun jadi isu macam ni. Jadi famili saya tak harap kalau hantar dekat pengasuh lain tambahan pula kita tiada kenalan pengasuh. Selepas insiden itu juga saya diberitahu orang ramai bahawa kebanyakan taska memang guna satu sudu dikongsi ramai.
Jadi kalau saya tukar taska lain pun, ada kemungkinan juga berlaku perkara sama. Patutlah budak yang dihantar taska lebih kerap sakit,” katanya lagi. Rata-rata warganet di ruangan komen memberikan pandangan serta cadangan sebagaimana diharapkan kepada wanita ini.
“Sediakan bekalan daripada rumah dan sudu sendiri. Jadi makan dengan sudu sendiri. Kalau anak tak boleh makan sendiri, suruh pengasuh suapkan. “Ambil bibik untuk jaga anak di rumah. Kalau tak mampu upah bibik atau ejen, ambil la kenalan yang boleh kerja pagi sampai petang. Rumah dan anak puan terjaga. “Elok puan berhenti kerja untuk jaga anak sendiri. Lagi mudah, hati puan pun tak sakit. Tu pendapat saya la sebab zaman sekarang tak boleh percaya sangat,” demikian antara komen warganet.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.