Umum kita kenali dengan penyanyi ini. Fareed dan Hawa selamat bergelar pasangan suami isteri. Anggota kumpulan K-Clique iaitu Fareed selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hawa Hamdan dengan sekali lafaz pada pagi Isnin. Pasangan itu dinikahkan oleh rakan baik pengantin lelaki iaitu MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan yang merupakan adik kandung kepada Siti Hawa, 30, di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah. Berita gembira itu dikongsi penyanyi Sabhi Saddi yang juga abang kepada Fareed atau nama sebenarnya Fareed Saddi, 28 tahun.
MK menikahkah sendiri kakaknya dengan Fareed
Sabhi berkata, sebagai seorang abang, dia gembira apabila adik kesayangannya itu akhirnya melangsungkan perkahwinan dan bergelar seorang suami. “Syukur majlis berjalan lancar. Saya gembira melihat adik sudah berkahwin. Banyak yang dia lalui sebelum ini. “Saya juga lihat Fareed berubah menjadi seorang yang lebih baik menjelang hari pernikahannya,” katanya kepada mStar.
Pada majlis tersebut, Fareed menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas gelas emas berserta lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan. Majlis diadakan secara tertutup dengan hanya dihadir keluarga terdekat kedua-dua belah pihak manakal majlis resepsi meraikan mempelai dijangka diadakan pada Disember ini. Sumber, mstar
MK K Clique Minta Peminat Bukakan Rantai, Sekali Ada Yang Kaitkan Dengan Konsert Justin Bieber. Siapa tak kenal dengan rapper terkenal Malaysia ini, baru-baru ini penyanyi MK K-Clique menjadi perhatian apabila tular sebuah video di media sosial penampilan dirinya dengan rantai. Bukan aksesori itu yang menjadi topik ramai tetapi momen manis MK bersama seorang peminat wanita. Menerusi perkongsian video di TikTok, MK telah membuat hati peminat berdebar selepas meminta pertolongan dari seorang wanita bertuah untuk menanggalkan rantai yang dipakainya. “Tolong buka,” kata MK. Dalam keadaan menggigil, wanita bertudung itu berjaya menanggalkan dan rantai itu diberikan kepadanya. Malah, dia juga sempat berswafoto dengan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan. MK berbuat demikian ketika di acara Absolut Food Festival 2022 yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Dimana ustaz dan ustazah kata warganet
Rakaman itu mendapat pelbagai reaksi dan respon daripada warganet. Ada segelintir yang bertindak mengaitkan dengan konsert penyanyi antarabangsa Justin Bieber yang sebelum ini pernah dijadikan isu oleh penceramah bebas, Iddin Ramli. Selain itu, warganet juga menegur dari aspek adab pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam syariat Islam. Bagaimanapun, ada juga pengikut pelakon drama The Hotel yang cemburu dan kecewa selepas melihat momen bahagia itu. Sebelum ini, penceramah bebas itu mendakwa tiket penyanyi kelahiran Kanada itu pasti akan habis dijual walaupun harganya mencecah RM2,088. Tindakan penceramah itu melakukan perbandingan antara konsert Justin Bieber dan kelas agama yang dianjurkan olehnya sepanjang Ramadan telah menerima kritikan ramai. Sumber, TikTok @sakinahaili
Kekasih tak lagi belajar agama, Ini jawapan MK K-Clique. Sering kali diasak pertanyaan tentang teman wanita, penyanyi dan pelakon, MK K-Clique mempunyai alasan tersendiri mengapa perihal tersebut tidak diuar-uarkan kepada umum. MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, tiada sebab buat untuk sorok kisah kekasih namun banyak hati yang perlu dijaga demi kepentingan bersama. “Sekarang ini, saya bekerjasama dengan banyak pihak. Jadi, saya perlu mengawal kelakuan bagi menjaga imej. “Setakat ini, saya akan kongsi sahaja kalau ada apa-apa yang perlu dikongsi. Cuma sekarang, saya nak menunjukkan imej yang baik. Menjadi contoh yang baik buat orang ramai, itu sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online.