Isu berkaitan anak sepatutnya tak berlarutan terlalu lama, Adam Shahz akui sedia untuk serahkan hak penjagaan penuh pada bekas isteri

Pelakon Adam Shahz memberitahu dia sedia untuk berkompromi dan menyerahkan hak penjagaan penuh anak tunggalnya kepada bekas isteri yang juga aktres Fatin Afeefa. Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, berkata, isu berkaitan anak ini tidak sepatutnya berlarutan terlalu lama kerana ia boleh memberikan kesan kepada proses pembesaran anak mereka iaitu Ivy Herra… Continue reading Isu berkaitan anak sepatutnya tak berlarutan terlalu lama, Adam Shahz akui sedia untuk serahkan hak penjagaan penuh pada bekas isteri

Terkilan sebab hasil karya tak dipandang, Ziela Jalil nekad untuk tutup sementara syarikat produksi

PELAKON dan penerbit Datuk Ziela Jalil memberitahu dia kini akan hentikan seketika untuk menjalankan gerak kerja syarikat produksi filem miliknya iaitu Pena Creactive Picture kerana faktor kurang mendapat tawaran menerbitkan drama daripada stesen televisyen. Ziela atau nama sebenarnya Norazilah Abdul Jalil, 53, berkata keputusan itu dibuat kerana mengakui sedikit terkilan apabila hasil karya syarikatnya tidak dipandang… Continue reading Terkilan sebab hasil karya tak dipandang, Ziela Jalil nekad untuk tutup sementara syarikat produksi

Sanggup keluarkan duit RM20k beli 4 ekor kucing untuk bekas tunang, Talha Harith nekad nak jual lepas tak jadi kahwin

PELAKON Talha Harith mendedahkan sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM20,000 bagi membeli empat ekor kucing baka British Short Hair (BSH) untuk bekas tunangnya. Talha atau Talha Harith Amir, 34, berkata, dia membuat pelaburan itu sebagai menyokong minat wanita berkenaan selain memulakan perniagaan selepas mereka berkahwin. Susulan tidak jadi berkahwin, ada mencadangkan agar dia membuang atau membakar semua… Continue reading Sanggup keluarkan duit RM20k beli 4 ekor kucing untuk bekas tunang, Talha Harith nekad nak jual lepas tak jadi kahwin

Jualan mencecah 18 ribu botol, Achey rancang nak jual motosikal sebab nak kembangkan perniagaan anak

SUSULAN perniagaan Tiara Botol Candy mendapat permintaan luar biasa setiap kali jualan dibuka, pelawak Achey mengambil keputusan mengupah beberapa orang pekerja sambilan bagi membantu melakukan kerja pembungkusan. Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata, dia dan isteri tidak lagi mampu memenuhi permintaan yang ada sebaliknya merancang menyediakan stok terlebih dahulu sebelum membuka jualan di TikTok. “Apabila… Continue reading Jualan mencecah 18 ribu botol, Achey rancang nak jual motosikal sebab nak kembangkan perniagaan anak

Published
Categorized as Artis Tagged

Dah kenal dengan dari tahun 2015, Mizz Nina kongsikan detik perkenalan dengan suami

Selepas dua bulan melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina akhirnya melangsungkan majlis resepsi bersama suami iaitu Essam Muhammad secara tertutup pada malam Ahad. Di TikTok, Mizz Nina berkongsi detik perkenalannya dengan suami. Menerusi rakaman video berdurasi 1:00 minit, Mizz Nina memberitahu dia mengenali suami pada tahun 2015 di sebuah festival. Pada waktu itu, Essam datang… Continue reading Dah kenal dengan dari tahun 2015, Mizz Nina kongsikan detik perkenalan dengan suami

Ramai yang terkejut dengan berita pemergian Hattem, tak sangka ratusan kenalan sanggup jalan kaki hantar ke tanah perkuburan

Berita tentang kejadian tak diingini melibatkan seorang peserta Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 bertempat di Pekan, Pahang dikenali sebagai Muhammad Hattem Rashdi tentunya mengejutkan peminat motosikal Tanah Air. Pemuda berusia 22 tahun itu dipercayai pergi menghadap illahi selepas 12 jam bertrng nyawa setelah motosikal yang ditunggangi terbabas sewaktu dalam perlumbaan. Apa yang menarik perhatian ramai… Continue reading Ramai yang terkejut dengan berita pemergian Hattem, tak sangka ratusan kenalan sanggup jalan kaki hantar ke tanah perkuburan

Muat naik gambar melawat kota Al Ula, Zul Ariffin teruk kena kritik dengan warganet

Al Ula adalah nama sebuah kota di Arab Saudi yang terletak kira-kira 300km utara Madinah. Pada masa lalu, Al Ula adalah ibu kota Lihyanites Kuno (Dedanites) dan ia merupakan kota yang Nabi Muhammad SAW elak untuk disinggah. Pun begitu, bulan Ogos lalu pelakon ternama tempatan Zulkifli Ariffin atau lebih dikenali sebagai Zul Ariffin memuat naik… Continue reading Muat naik gambar melawat kota Al Ula, Zul Ariffin teruk kena kritik dengan warganet

Muat naik gambar bawa isteri tunaikan umrah, sekali ini pula komen warganet lepas tengok muka isteri kedua Abg Tesla

Pempengaruh media sosial yang cukup sinonim dengan konten kereta iaitu Abang Tesla akhirnya mendedahkan wajah isteri keduanya, Nur Syafiqah kepada umum. Menerusi hantaran di Instagram, Abang Tesla memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dia sedang merangkul bahu kedua-dua isterinya iaitu Nurmajdina Jamari dan Nur Syafiqah. Difahamkan foto tersebut diambil ketika mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala… Continue reading Muat naik gambar bawa isteri tunaikan umrah, sekali ini pula komen warganet lepas tengok muka isteri kedua Abg Tesla

Siap bagi amaran dekat perempuan lain, kali ni Anju mengaku dah kembali bercinta dengan bekas tunang

Desas desus mengatakan pelakon Zarina Anjoulie sudah kembali bersama bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey akhirnya terjawab selepas aktres itu mengesahkan mereka telah kembali bercinta. Pengakuan tersebut dilakukan Zarina menerusi hantaran di Instagram miliknya selepas dia memberi amaran kepada wanita di luar sana agar tidak menganggu kekasihnya itu. “Kepada perempuan yang acah-acah tidak mahu lelaki kaya, tolong berhenti kacau bf… Continue reading Siap bagi amaran dekat perempuan lain, kali ni Anju mengaku dah kembali bercinta dengan bekas tunang

Lepas kongsikan resepi masakan, kali ni Ira Kazar belanja video menyanyi sambil petik gitar

Walaupun jarang naik hantaran terbaru di Instagram, namun pelakon Ira Kazar rupa-rupanya sangat aktif berkongsikan gambar dan video kepada pengikutnya melalui Insta Story. Terbaru, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu ada memuat naik dua rakaman video memaparkan dirinya memetik gitar sambil menyanyikan sebuah lagu Inggeris. Walaupun kelihatan menghadapi kesukaran dalam menukar kord secara lancar, Ira bagaimanapun masih berjaya… Continue reading Lepas kongsikan resepi masakan, kali ni Ira Kazar belanja video menyanyi sambil petik gitar