KONTROVERSI dicetuskan warga Indonesia dikenali sebagai Mondy Tattoo terus berpanjangan apabila kini seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa wanita berkenaan tampil bersuara. Menerusi satu rakaman siaran langsung yang tular di media sosial, lelaki itu membuat permohonan maaf kepada personaliti dakwah Ebit Lew atas sikap anaknya. Sambil menangis hiba, lelaki itu dilihat berinteraksi menerusi live di TikTok dengan sahabat Ebit yang juga pendakwah dari Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman.
“Saya nak minta maaf dengan ustaz Ebit kerana tingkah laku dan tutur kata tidak sopan (Mondy). Tolong sampaikan kepada ustaz Ebit yang telah membantu keluarga saya walaupun saya tak menerima (bantuan) daripada anak sendiri. “Saya cuma doakan supaya anak saya Mondy dalam keadaan sihat selalu. Dekat sini (rumah) orang tua dia cuma boleh doakan dia saja pak ustaz (ustaz Darry). Saya tak minta apa-apa pada anak saya. Semuanya untuk kamu (Mondy) dan keperluan anak kamu,” katanya dalam video tersebut.
Tambah lelaki itu, dia berasa kecewa kerana tidak mampu berbuat apa-apa bagi meredakan kemelut yang dicetuskan anaknya. “Saya sebagai orang bodoh, tidak mampu, mohon maaf atas perlakuan Mondy. Mungkin anak saya dalam tekanan atau diguna oleh orang tidak bertanggungjawab. Saya jadi bingung. Saya sudah bercakap dengan orang yang membawa dia ke Malaysia, katanya jangan risau dan khuatir,” katanya lagi. Kekecohan tercetus selepas Mondy tampil menerusi temuramah di ‘podcast’ bersama penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice dan mendakwa dia menjadi sasaran gangguan tak senonoh dan mengaitkan Ebit dalam perlakuan itu.
Namun pada Selasa Ustaz Derry tampil mendakwa segala tuduhan Mondy terhadap Ebit adalah bohong semata-mata. Berikutan itu juga Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata pihaknya akan memanggil Caprice dan Mondy Tattoo bagi membantu siasatan berhubung laporan dakwaan fitnah terhadap pendakwah Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew. Polis turut mengesahkan satu laporan telah dibuat Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada pagi Isnin.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.